fbpx
Now Reading
MP Bukit Gelugor Cadang Kembalikan UPSR & PMR Untuk Atasi Masalah Buli & Disiplin Pelajar

MP Bukit Gelugor Cadang Kembalikan UPSR & PMR Untuk Atasi Masalah Buli & Disiplin Pelajar

Menurut Ahli Parlimen Bukit Gelugor, berdasarkan statistik Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM), jumlah kes buli dan disiplin menunjukkan lonjakan besar yang amat membimbangkan iaitu peningkatan dari 3,883 kes pada tahun 2022 menjadi 7,681 kes pada tahun 2024.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sejak belakangan ini, ada sahaja isu melibatkan disiplin pelajar sekolah yang dipaparkan di media sosial.

Antara yang paling mendapat perhatian adalah kes pelajar yang dirogol beramai-ramai, bunuh serta buli — insiden berulang yang tiada nokhtahnya.

Walaupun pelbagai langkah atau inisiatif telah dilakukan namun isu ini dilihat masih lagi berlaku malah kadangkala menjadi lebih teruk.

Baca Artikel Berkaitan: Satu Lagi Kes Buli, Polis Sahkan Terima Laporan Murid Darjah 1 Cedera Dipukul Di Sekolah

Baca Artikel Berkaitan: Pelajar Perempuan Tingkatan 4 Maut Ditikam Pelajar Lelaki Tingkatan 2 Di Sekolah Di Bandar Utama

MP Gelugor Cadang KPM kembalikan Peperiksaan UPSR & PMR

Terbaharu, Ahli Parlimen (MP) Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh mencadangkan agar kerajaan mengembalikan semula peperiksaan awam seperti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Menengah Rendah (PMR).

Jelas Timbalan Setiausaha Agung DAP itu, langkah ini bagi menangani peningkatan kes buli, keganasan serta masalah disiplin yang berlaku di sekolah-sekolah awam.

Tambah Ramkarpal, berdasarkan statistik Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM), jumlah kes buli dan disiplin menunjukkan lonjakan besar yang amat membimbangkan iaitu peningkatan dari 3,883 kes pada tahun 2022 menjadi 7,681 kes pada tahun 2024.

 “Persoalannya, adakah terdapat hubungan atau correlation antara ketiadaan peperiksaan dan peningkatan kes-kes ini?

“Adakah kementerian bercadang menjalankan kajian untuk menentukan kaitan tersebut?”

Beliau berkata demikian ketika ketika Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2026 di Dewan Rakyat semalam (12 November).

Peperiksaan Awam Dapat Bentuk Disiplin Pelajar

Terang Ramkarpal lagi, peperiksaan mandatori seperti UPSR dan PMR bukan sahaja dilihat dapat menilai tahap akademik pelajar malah turut berperanan dalam membentuk disiplin serta fokus mereka terhadap pelajaran.

“Pengenalan semula penilaian akademik mungkin dapat mengurangkan masa pelajar terdedah kepada permainan video dan kandungan media sosial yang boleh mempengaruhi tingkah laku mereka,” jelasnya.

Malah, beliau turut menyuarakan mengenai peningkatan kes berprofil tinggi seperti pembunuhan yang berlaku di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Utama 4, Petaling Jaya yang bagi Ramkarpal menunjukkan tahap keganasan di sekolah semakin serius.

“Walaupun melarang sepenuhnya permainan dalam talian agresif tidak praktikal, kerajaan boleh memperkenalkan alternatif berstruktur seperti aktiviti kokurikulum mandatori, sukan dan program disiplin bagi membentuk sahsiah pelajar serta mengurangkan risiko buli,” jelasnya lagi.

Pemansuhan UPSR & PMR Bolehkan Pelaksanaan PBS Dijalankan Dengan Berkesan

Untuk info, peperiksaan UPSR dan PMR yang sebelum ini digantikan dengan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) telah dimansuhkan sepenuhnya pada tahun 2022 oleh Menteri Kanan Pendidikan pada waktu itu, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin.

Pemansuhan peperiksaan tersebut dalam sistem pendidikan negara adalah bagi membolehkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dijalankan dengan lebih berkesan.

Malah, penilaian yang dibuat menerusi tiga komponen iaitu Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) serta Pentaksiran Psikometrik (PPsi) memberi ruang kepada guru dan pelajar untuk lebih kreatif dan inovatif dalam memperkasakan pencapaian mereka.

PBS juga dikatakan mampu mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan malah berpotensi melahirkan generasi yang berkeyakinan tinggi.

Baca Artikel Berkaitan: Bekas Menteri Pendidikan, Mahdzir Khalid Sokong UPSR & PT3 Dikembalikan Semula

Baca Artikel Berkaitan: “Anak Kita Bukan Tikus Makmal” – KPM Kekal Mansuhkan UPSR & PT3, Kata Fadhlina Sidek

Baca Artikel Berkaitan: Pengerusi MARA Cadang Kembalikan Semula UPSR, Boleh Nilai Potensi Sebenar Pelajar Sebelum ke MRSM

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.