fbpx
Now Reading
Nak Jaga Kehormatan Pelajar, KPM Tetapkan Tiada CCTV Di Ruang Privasi Di Sekolah

Nak Jaga Kehormatan Pelajar, KPM Tetapkan Tiada CCTV Di Ruang Privasi Di Sekolah

Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, ketika ini sebanyak 149 daripada 200 buah sekolah telah selesai dipasang CCTV menjadikan pencapaian semasa sebanyak 75%.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Kementerian Pendidikan (KPM) menetapkan kamera televisyen litar tertutup (CCTV) tidak akan dipasang di ruang melibatkan privasi pelajar di sekolah.

Ia termasuk bilik tidur, tandas atau tempat persalinan di asrama sekolah bagi menjaga kehormatan para pelajar.

Pengawasan di ruangan privasi akan diperkukuh untuk elak berlaku kes buli

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, pengawasan di ruang tersebut akan diperkukuhkan melalui rondaan warden secara berjadual sebagai langkah tambahan mengelak berlakunya insiden buli.

“Dalam konteks penentuan lokasi pemasangan CCTV, KPM menitikberatkan keseimbangan antara keselamatan murid dan privasi mereka berdasarkan khidmat nasihat Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO).

“Justeru, CCTV hanya akan dipasang di ruang awam yang strategik dan berisiko tinggi, seperti laluan utama asrama termasuk pintu masuk dan keluar, kawasan tangga dan koridor, dewan makan, bilik seterika serta kawasan persekitaran blok asrama yang terpencil,” katanya dipetik Sinar Harian.

Wong berkata demikian di Dewan Rakyat hari ini (11 November) semasa menjawab soalan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim mengenai lokasi terbaik untuk pemasangan CCTV bagi mengelak kes buli berlaku di asrama jika ia berisiko mendedahkan aib pelajar.

149 daripada 200 sekolah telah selesai dipasang CCTV

Menurut Wong, ketika ini sebanyak 149 daripada 200 buah sekolah telah selesai dipasang CCTV menjadikan pencapaian semasa sebanyak 75%.

Jelasnya, proses pemasangan alat pengawasan itu bermula 13 Oktober lalu sebagai langkah drastik diambil KPM bagi menangani kes buli melibatkan pelajar sekolah yang meraih perhatian ramai sejak kebelakangan ini.

Berkongsi lanjut, Wong berkata, KPM menyalurkan peruntukan sebanyak RM3 juta bagi pembelian dan pemasangan CCTV di 200 sekolah berasrama terpilih.

Bacaa Artikel Berkaitan: Satu Lagi Kes Buli, Polis Sahkan Terima Laporan Murid Darjah 1 Cedera Dipukul Di Sekolah

Baca Artikel Berkaitan: Pelajar 10 Tahun Alami Gegaran Otak Didakwa Dibuli: Fadhlina Mahu Siasatan Segera Dibuat

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.