fbpx
Now Reading
Namewee & Influencer Taiwan Yang Maut Dipercayai Ada Hubungan Istimewa – Ketua Polis KL

Namewee & Influencer Taiwan Yang Maut Dipercayai Ada Hubungan Istimewa – Ketua Polis KL

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, perkembangan kes kematian influencer Taiwan itu setakat ini adalah positif dan ketika ini pihaknya masih menunggu laporan penuh bedah siasat serta laporan toksikologi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Penyanyi rap tempatan, Namewee dipercayai mempunyai hubungan istimewa dengan influencer wanita warga Taiwan, Hsieh Yu-hsin yang ditemui maut di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada bulan lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, siasatan mendapati Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee disyaki telah bersama mangsa sejak dari luar negara sehingga kedua-dua mereka berada di Malaysia.

“Setakat ini, siasatan mendapati lelaki itu memang mempunyai hubungan istimewa dengan mangsa. Kita juga telah merakam keterangan semua saksi yang terlibat dalam kes ini,” katanya dipetik Sinar Harian.

Perkembangan kes adalah positif, namun keluarga masih belum tuntut mayat wanita itu

Menurutnya, perkembangan kes berkenaan setakat ini adalah positif dan ketika ini pihak polis masih menunggu laporan penuh bedah siasat serta laporan toksikologi.

“Lelaki itu juga memberi kerjasama dalam membantu siasatan,” katanya.

Bagaimanapun, Fadil berkata mayat wanita itu yang turut dikenali sebagai Iris Hsieh sehingga kini masih belum dituntut oleh keluarganya.

“Ada individu yang cuba menuntut (mayat) tetapi tidak dibenarkan kerana tiada authorization. Kita meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat tentang keluarga mangsa untuk tampil membantu siasatan.

“Siasatan masih diteruskan dan kita akan usahakan lagi berdasarkan bukti yang ada. Kita akan kemukakan cadangan (pertuduhan) kepada (pejabat) Timbalan Pendakwa Raya (DPP) dalam masa terdekat (sebaik kertas siasatan dilengkapkan),” katanya.

Namewee serah diri di balai polis, mahu beri kerjasama bantu siasatan

Pada 4 November lalu, Namewee berkongsi di media sosial bahawa dia telah menyerah diri di sebuah balai polis di Kuala Lumpur.

Kata Namewee, dia akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis bagi membantu siasatan berhubung kematian Hsieh.

Terdahulu, polis menglasifikasikan semula kes kematian Hsieh pada 22 Oktober lalu yang ditemui mati dalam bilik air sebuah hotel di Jalan Conlay sebagai kes bunuh.

Kes itu sebelum ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR), namun kini menjadi kes bunuh yang disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Difahamkan ketika kejadian, Namewee didakwa turut berada dalam bilik yang sama. Susulan itu, dia direman untuk membantu siasatan.

Baca Artikel Berkaitan: Kes Kematian Influencer Taiwan: Namewee Nafi Lari, Sudah Serah Diri Di Balai Polis

Baca Artikel Berkaitan: Influencer Wanita Ditemui Mati Dalam Bilik Hotel Bersama Namewee, Polis Klasifikasikan Sebagai Kes Bunuh

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.