Nahas UPSI: Gagal Patuh Syarat Lesen, Syarikat Bas Diarah Bayar Denda RM20,000 – MOTAC
Syarikat bas persiaran berkenaan, Kenari Utara Travel & Tour Sdn.Bhd dikenakan denda sebaik mengaku bersalah jual bas persiaran yang terbabit dalam kemalangan dengan nombor pendaftaran PLD 8892 dan menyewa permit bas kepada Noreen Maju Trading.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Pada 9 Jun lalu, negara telah digemparkan nahas bas persiaran yang membawa seramai 44 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengakibatkan 15 mangsa terkorban.
Insiden di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), Gerik tersebut membuatkan ramai bersedih serta bersimpati atas musibah yang menimpa keluarga dan rakan-rakan mangsa.
Malah ramai yang menuntut agar nahas tersebut disiasat untuk mengetahui puncanya. Pihak polis turut mengesahkan pemandu bas berkenaan mempunyai rekod sebanyak 18 saman dan kebanyakannya kesalahan kerana memandu laju.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Nahas Bas UPSI: Pemandu Ada Rekod 18 Saman, Kebanyakan Kesalahan Kerana Memandu Laju
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Nahas Bas UPSI: Pemandu Mohon Maaf Kepada Keluarga & Pelajar, Dakwa Brek Tiba-Tiba Tak Berfungsi
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Adik Kerap Tulis Ayat Al-Quran Demi Hafalan – Abang Mangsa Nahas Bas UPSI
Syarikat bas didenda RM20,000
Terbaharu syarikat bas iaitu Kenari Utara Travel & Tours Sdn. Bhd dikenakan denda RM20,000 sebaik mengaku bersalah menjual bas persiaran yang terbabit kemalangan bernombor pendaftaran PLD 8892 serta menyewa permit bas tersebut kepada Noreen Maju Trading.
Ia merupakan sebuah entiti yang melakukan perniagaan pengendalian pelancongan tanpa lesen di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 [aKTA 482].
Mahkamah Majistrek Gerik telah menjatuhkan hukuman pada syarikat tersebut pada 3 November lalu yang mensabitkan syarikat itu terhadap dua pertuduhan di bawah Peraturan 6(1)(f) Peraturan-Peraturan Industri Pelancongan 1992 kerana gagal mematuhi syarat lesen yang melarang urus niaga dengan pihak tidak berlesen.
RM10,000 untuk setiap pertuduhan
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) turut memaklumkan dalam satu kenyataan Hakim Mahkamah Majistret, Muhammad Firdaus Nor Azlan menjatuhkan hukuman denda RM10,000 bagi setiap pertuduhan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM20,000.
“Kegagalan membayar boleh membawa hukuman penjara sehingga lima tahun. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Puan Siti Zulaikha Mahadi bersama Pegawai Pendakwa MOTAC, Nurul Hidayah Aman.
“MOTAC menegaskan bahawa pelanggaran Akta 482 dan peraturannya merupakan kesalahan jenayah serius. MOTAC komited untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang mengancam keselamatan dan integriti industri pelancongan negara,” jelasnya dalam kenyataan itu.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar UPSI Kemalangan Kongsi 2 Adik Sanggup Tolak Tawaran Universiti Untuk Tanggung Kakak Belajar [Video]
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Nahas Bas UPSI: Mangsa Maut Dikategori Syahid Akhirat – Mufti Pulau Pinang
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Nahas Bas UPSI: “Hantar Anak Malam Tadi, Pagi Ini Dapat Tahu Dia Meninggal Dunia” – Ibu



