fbpx
Now Reading
Guna Taktik Suruh Anak Balik Kampung, Janda Kantoi Ditangkap Khalwat Dengan Duda

Guna Taktik Suruh Anak Balik Kampung, Janda Kantoi Ditangkap Khalwat Dengan Duda

Menurut JAINJ setiap kali wanita itu mengajak lelaki berkenaan datang ke rumah dia akan meminta dua orang anaknya pulang ke kampung datuk yang terletak tidak jauh dari lokasi rumah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Umum mengetahui tindakan duduk berdua-duaan antara lelaki dan wanita yang bukan mahram adalah perkara yang boleh mendatangkan fitnah.

Malah sudah banyak kes pasangan dicekup kerana berkhalwat dilaporkan berlaku di seluruh negara.

Sebagai negara yang majoritinya adalah individu beragama Islam, tak dinafikan perkara sebegini perlu dielakkan daripada berlaku agar kita dapat menjadi masyarakat yang patuh pada agama dan meninggalkan kemungkaran.

Namun meskipun tahu tindakan boleh diambil masih ada yang berdegil malah turut membuat pelbagai alasan asalkan nafsu dapat dilunaskan.

Janda dan duda ditangkap khalwat

Terbaharu, seorang wanita yang berstatus janda sanggup menyuruh dua orang anak lelakinya untuk pulang ke rumah datuk mereka pada hujung minggu hanya kerana mahu bermalam dengan kekasihnya.

Walau bagaimanapun, kegiatannya itu terbongkar dan dapat dihidu oleh penduduk kampung yang kemudiannya membuat laporan kepada penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).

Setiap kali bawa kekasih, wanita akan hantar anak pulang ke kampung

Jelas JAINJ, wanita yang berusia dalam lingkungan 40-an terbabit bersama pasangannya telah ditangkap khalwat di sebuah kediaman pada jam 11.30 malam, 6 November.

“Pintu diketuk dan dibuka lima minit kemudian oleh seorang wanita yang berkemeja-T dan berseluar panjang.

“Keadaan rumah gelap dan wanita itu diarahkan memasang lampu di ruang tamu. Penguat kuasa kemudian menemui seorang lelaki berkemeja-T dan berseluar panjang sedang duduk atas sofa di ruang tamu.

“Wanita itu mempunyai dua anak berusia belasan tahun yang biasanya tinggal di rumah terbabit. Lelaki pula berstatus duda tiada anak tinggal di daerah ini juga.

“Pengadu memberitahu, kejadian ini sudah lama berlaku tetapi mereka tidak mahu terus mengadu kepada penguatkuasa. Orang kampung ambil pendekatan sendiri dulu sebelum membuat aduan kepada JAINJ.

“Setiap kali wanita ini ajak lelaki datang, dia akan suruh dua orang anaknya balik ke kampung Datuk yang terletak tidak jauh dari lokasi rumahnya.

“Bukan hari- hari tapi seminggu kira-kira sekali atau dua kali. Anak tahu perangai buruk ibunya, namun terpaksa mengikut kemahuan ibu berkenaan,” jelasnya, lapor Harian Metro.

Lelaki bagi alasan datang rumah nak makan mi segera

Kata JAINJ, sebelum ini beberapa penduduk di kampung berkenaan telah berjumpa dengan wanita tersebut serta menasihatinya namun perkara itu tidak dihiraukan.

“Penguat kuasa terus memeriksa bilik pertama dan kedua yang diduduki oleh anak yang pada ketika itu kosong.

“Pemeriksaan di bilik utama, disyaki bilik itu adalah tempat mereka berdua tidur, keadaan katil, tilam dan cadar berselerak.

“Apabila ditanya apa tujuan lelaki itu datang, lelaki itu menjawab datang untuk makan mi segera dan tak buat apa-apa. Alasan itu tidak boleh diterima, kalau setakat mi segera pecah telur, di rumah sendiri pun boleh buat.”

Pasangan itu ditangkap atas kesalahan Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 kerana disyaki berkhalwat. Mereka turut dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.