Now Reading
Pasport Malaysia Duduki Tempat Ke-3 Dalam Ranking Dunia

Pasport Malaysia Duduki Tempat Ke-3 Dalam Ranking Dunia

Jelas JIM, pencapaian tersebut mencerminkan kepercayaan dan pengiktiradan antarabangsa terhadap keselematan dokumen perjalanan yang diyakini di mata dunia.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sudah menjadi keperluan apabila ingin ke luar negara setiap individu perlu membawa dokumen penting seperti pasport sebelum dibenarkan terbang ke sesebuah negara.

Dokumen seperti pasport bukan sekadar pengenalan diri bahkan ia turut digunakan sebagai rujukan keselamatan. Malah penggunaan pasport ini dilihat begitu penting dan sering diperlukan dalam membuat pembelian tiket penerbangan dan sebagainya.

Jika sebelum ini, pasport Malaysia berada di tangga ke-12 sebagai pasport paling berkuasa di dunia pada 2024 yang secara tidak langsung menunjukkan peningkatan dua anak tangga kerana pada 2023 ia menduduki tempat ke-14 dengan skor sebanyak 179.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Pasport Malaysia Kini Ke-12 Paling Berkuasa Di Dunia

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Pasport Malaysia ke 13 paling power dalam dunia dan ke 2 di Asia Tenggara

Pasport Malaysia duduki tempat ke-3 dalam ranking dunia

Terbaharu, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memaklumkan pasport Malaysia menduduki di tangga ketiga dunia dalam Rangking Pasport Index 2025.

Perkara itu dikongsikan JIM menerusi satu hantaran di Facebook pada 5 November.

Ia secara tidak langsung membolehkan rakyat Malaysia yang memiliki pasport tersebut menikmati kemudahan perjalanan tanpa visa untuk ke 174 buah negara di seluruh dunia.

“Pencapaian ini mencerminkan kepercayaan dan pengiktirafan antarabangsa terhadap keselamatan dokumen perjalanan yang diyakini di mata dunia,” kata JIM.

Sebanyak 15 negara lagi turut berada di tangga sama seperti Belgium, Perancis, Jerman, Belanda, Itali, Luxembourg, Finland dan banyak lagi.

Manakala tempat pertama diduduki oleh pasport Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Singapura serta Sepanyol di tempat kedua.

Fakta menarik tentang pasport Malaysia

Untuk makluman anda, apa yang lebih menarik pasport Malaysia turut mempunyai ciri unik di mana ia mempunyai corak memaparkan bangunan-bangunan sejarah yang berada di negara ini pada setiap helaiannya.

Namun corak berkenaan hanya dapat dilihat menerusi cahaya lampu Ultra Violet (UV).

Sebelum ini, JIM menerusi hantaran di Facebook pada Januari 2018 turut memaklumkan mengenai penambahbaikan bagi ciri-ciri keselamatan pasport baharu.

Jelas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi langkah penambahbaikan ciri keselamatan tersebut dilakukan untuk mengelakkan daripada pasport tiruan atau palsu yang digunakan oleh pihak penyeludup serta pendatang asing yang sering menukar ciri-ciri tertentu dalam pasport negara.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Patutlah Mahal” – Orang Ramai Terpesona Lihat Corak ‘Rahsia’ Dalam Pasport Malaysia 

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.