fbpx
Now Reading
Jawatankuasa Muzakarah MKI Putuskan Hukum Derma Rahim Adalah Haram – Menteri Agama

Jawatankuasa Muzakarah MKI Putuskan Hukum Derma Rahim Adalah Haram – Menteri Agama

Mohd Na’im Mokhtar berkata, jawatankuasa Muzakarah MKI sudah meneliti kajian yang dihasilkan oleh kumpulan penyelidik daripada Universiti Malaya (UM) dan menjelaskan bahawa hukum asal pendermaan rahim adalah haram.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bahagian Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) memutuskan hukum pendermaan Rahim dan pemindahannya adalah haram.

Menurut Jawatankuasa Muzakarah, ia tidak harus dilakukan kerana masih belum mencapai tahap darurat bagi membenarkan sesuatu perkara yang diharamkan untuk dilakukan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, Jawatankuasa Muzakarah MKI sudah bersidang pada 21 dan 22 Oktober 2024 bagi membincangkan hukum berkenaan.

Muzakarah MKI sudah teliti kajian daripada UM, hukum asal pendermaan rahim adalah haram

Menurutnya, dalam mesyuarat itu, jawatankuasa Muzakarah MKI sudah meneliti kajian yang dihasilkan oleh kumpulan penyelidik daripada Universiti Malaya (UM) dan menjelaskan bahawa hukum asal pendermaan rahim adalah haram.

 “Dari sudut syarak, tujuan mendapatkan zuriat bersifat takmiliyyah iaitu sebagai pelengkap kehidupan.

“Jadi keperluan mendapatkan zuriat melalui pendermaan dan pemindahan rahim belum berada pada tahap darurat, malah ia berada pada tahap tahsiniyat,” katanya dipetik Harian Metro.

Secara ringkasnya tahsiniyat merupakan perkara-perkara yang menyempurnakan dan mencantikan urusan manusia serta tidak membawa kesukaran dalam hidup.

Mohd Na’im berkata demikian menerusi jawapan bertulis dipaparkan dalam laman web Parlimen bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Jerlun, Dr Abdul Ghani mengenai status terkini pengeluaran fatwa berkaitan pemindahan rahim bagi pesakit yang menghadapi penyakit sindrom Mayer-RokintaskyKuster-Hauser (MRKH) yang lahir tanpa rahim.

Sebelum ini, sebuah portal melaporkan wanita yang dilahirkan tanpa rahim berupaya memiliki anak sendiri jika cadangan pemindahan rahim daripada golongan ibu yang tidak lagi digunakan diterima pihak berkuasa termasuk Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan.

Kerajaan menggerakkan usaha telitii isu ini dari sudut pandang syariah

Pun begitu, Mohd Na’im berkata, mengambil kira situasi semasa seperti kecanggihan teknologi, kesediaan kepakaran dalam negara, pendirian Kementeria Kesihatan (KKM) dan lain-lain, kerajaan juga sudah menggerakkan usaha-usaha untuk meneliti isu ini dari sudut pandang syariah.

“Ini adalah untuk memastikan kemaslahatan pesakit yang menghidap penyakit sindrom Mayer-ya,” katanya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.