fbpx
Now Reading
Isu Label Muslim Choice: MFW Dibubarkan Secara Rasmi

Isu Label Muslim Choice: MFW Dibubarkan Secara Rasmi

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar mengarahkan agar MFW menarik semula promosi dan pengiktirafan Muslim Choice.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Pada minggu ini, kecoh di media sosial mengenai pengiktirafan Muslim Choice yang diperkenalkan oleh Pasukan Pemantau Mesra Muslim (MFW).

Isu itu mula menjadi bualan hangat selepas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee dalam satu kenyataan menjelaskan penggunaan label tersebut boleh mengelirukan pengguna Islam khususnya mengenai status halal produk atau premis makanan.

Apatah lagi, Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) masih mendapat aduan mengenai penggunaan label tersebut walaupun JAKIM telah mengadakan pertemuan dengan MFW berhubung isu berkenaan dan memohon agar ia dihentikan.

Isu ini juga turut mendapat perhatian ramai termasuklah Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Mohd Sukki Othman yang berpendapat label tersebut boleh menimbulkan keraguan serta tergolong dalam perkara syubhah.

Namun, MFW telah memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia mengenai kekeliruan yang timbul.

Baca Artikel Berkaitan: Isu Penggunaan Label Muslim Choice: Hati-Hati Guna Istilah Agama, Kata Mufti Pulau Pinang

MFW Putuskan Bubar Pertubuhan Susulan Isu Muslim Choice

Terbaharu, MFW memutuskan untuk membubar pertubuhan itu secara rasmi mengikut undang-undang di bawah Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335).

Memetik Sinar Harian, keputusan itu dibuat ekoran isu Muslim Choice yang menjadi perhatian ramai baru-baru ini.

“Proses pembubaran ini akan dilaksanakan dengan penuh tertib dan kerjasama Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) agar semuanya berjalan mengikut prosedur yang sah,” kata mereka.

Ambil Langkah Segera Tamatkan Operasi Sepenuhnya & Mohon Maaf Kepada Pihak Terlibat

Malah, MFW menjelaskan mereka telah mengambil langkah segera dengan menamatkan sepenuhnya semua operasi serta sistem yang melibatkan pertubuhan tersebut.

“Langkah ini diambil sebagai tanda ketaatan kepada pihak berkuasa agama serta keinsafan kami terhadap keperluan menjaga kemaslahatan ummah dan nama baik agama Islam di negara ini,” jelas mereka.

Tambah MFW lagi, mereka akur dengan setiap tindakan serta keputusan yang dibuat oleh pihak berkuasa yang berpaksikan kepentingan agama, keharmonian masyarkat serta sensitivity umat Islam.

Malah mereka juga turut akur dengan ketetapan yang ditetapkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dan Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee dalam satu kenyataan baru-baru ini.

“Justeru, kami menerima keputusan ini dengan hati yang terbuka, penuh rasa tanggungjawab dan rendah diri,” terang mereka.

Pada masa sama, MFW turut memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya pihak berkuasa agama, agensi kerajaan serta individu terlibat yang mungkin terkesan dan keliru dengan salah faham melibatkan pertubuhan berkenaan.

Menteri Agama Arah Tarik Semula Promosi & Pengiktirafan Muslim Choice

Sebelum ini, Dr Mohd Na’im Mokhtar dalam satu kenyataan di Facebook mengarahkan agar MFW menarik semula segala bentuk promosi dan pengiktirafan Muslim Choice yang dilihat boleh mengelirukan orang ramai.

Jelasnya, beliau telah mengarahkan JAKIM untuk segera mengeluarkan kenyataan amaran rasmi kepada MFW berhubung perkara tersebut.

“Sekiranya pihak MFW gagal mematuhi amaran yang diberikan oleh JAKIM, setelah berbincang dengan YB Datuk Armizan Mohd Ali, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengambil tindakan tegas di bawah Akta Perihal Dagangan atas kesalahan penyalahgunaan logo halal atau sebarang bentuk pengiktirafan yang mengelirukan,” tulisnya.

𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗘𝗟𝗜𝗥𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗚𝗨𝗡𝗔 𝗜𝗦𝗟𝗔𝗠 Saya telah mengarahkan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM untuk…

Posted by Dato' Setia Dr. Naim on Tuesday 4 November 2025

Baca Artikel Berkaitan: Label ‘Muslim Choice’ Di Produk Atau Premis Tak Sah, Jejaskan Integriti Pensijilan Halal Malaysia – JAKIM

Baca Artikel Berkaitan: Umat Islam Perlu Lebih Peka & Cakna Tentang Status Halal Restoran, Kata Pakar

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.