fbpx
Now Reading
Kerajaan Setuju Naikkan Had BUDI95 Untuk Sektor E-Hailing Hingga 800 Liter Sebulan

Kerajaan Setuju Naikkan Had BUDI95 Untuk Sektor E-Hailing Hingga 800 Liter Sebulan

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya mempunyai rekod dan keperluan kerajaan bersetuju meningkatkan had kelayan BUDI95 bagi pemandu e-hailing yang layak kepada 800 liter sebulan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sejak 30 September yang lalu, seluruh rakyat Malaysia telah dapat menikmati harga minyak subsidi menerusi BUDI MADANI RON95 atau lebih dikenali sebagai BUDI95.

Budi95 ini layak digunakan oleh setiap rakyat Malaysia yang mempunyai lesen memandu aktif dengan had penggunaan sebanyak 300 liter sebulan.

Oleh itu, setiap individu yang ingin menggunakan RON95 ini perlu membuat pengesahan terlebih dahulu sebelum melakukan pembelian minyak seperti memaparkan kad pengenalan menerusi kaunter atau alat digital yang disediakan di pam minyak.

Walau bagaimanapun, jumlah 300 liter mungkin tidak mencukupi buat segelintir pihak khususnya bagi mereka yang melakukan perkhidmatan e-hailing justeru kerajaan menetapkan had subsidi sebanyak 600 liter sebulan kerana mereka sentiasa perlu bergerak menggunakan kenderaan untuk membawa dan mengambil penumpang.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Perlu MyKad & Lesen Memandu Aktif Untuk Nikmati RON95 RM1.99 Seliter Mulai 30 September

BACA ARTIKEL BERKAITAN: BUDI95: Lelaki Dakwa Had 300 Liter Tak Cukup, Sekali Balik Kampung Dah Habis Buat Ramai Bingung

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Tiada Jaminan Harga Minyak RON95 Kekal RM1.99 Sepanjang Masa – Menteri Kewangan II

Kerajaan setuju tingkatkan had Budi95 untuk e-hailing

Terbaharu kerajaan bersetuju untuk meningkatkan had Budi95 untuk sektor e-hailing di Malaysia bagi pemandu yang layak sehingga 800 liter sebulan.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hal itu turut bermaksud jarak minimum ditambah kepada 5,000 kilometer (km) mengikut syarat perjalanan yang telah ditetapkan.

“Untuk Oktober, (pemandu bagi BUDI95) e-hailing aktif dinaikkan daripada 300 liter kepada 600 liter. Berapa (jumlah pemandu) yang dapat? 58,000 pemandu e-hailing layak menerima sehingga 600 liter sebulan.

“(Tetapi) ada lagi rakan-rakan, anak-anak kita dari (sektor) e-hailing yang merasakan masih belum cukup.

“Kalau betul ada rekod dan keperluan, maka kerajaan, saya nak umumkan di sini, bersetuju meningkatkan had kelayakan BUDI95 bagi pemandu e-hailing yang layak kepada 800 liter sebulan,” jelasnya sewaktu di Dewan Rakyat pagi tadi.

Perkara itu dijelaskan oleh Anwar bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid berhubung kemajuan bulan pertama pelaksanaan Program Penyasaran Subsidi RON95 serta tindakan yang dilakukan kerajaan bagi menyelesaikan isu berbangkit khususnya kepada golongan pemandu teksi lapangan terbang, pemandu e-hailing serta pengguna bot sungai berhubung kelayakan mereka di bawah Budi95.

0.7% sahaja yang berbelanja lebih dari 300 liter

Sementara itu, Anwar turut memaklumkan secara puratanya sebanyak 98 liter daripada 300 liter minyak digunakan individu yang layak pada Oktober yang lalu.

“Apakah 300 liter mencukupi? Kalau kita lihat purata penggunaan Oktober, purata jumlah ialah 98 liter sahaja, iaitu 33% daripada kelayakan.

“Yang berbelanja lebih daripada 300 liter, 0.7% termasuk orang berulang-alik (ke kampung),” jelasnya lagi.

Anwar turut mengakui selepas program Budi95 ini diperkenalkan, kini ramai rakyat yang membuat laporan kepada pihak berkuasa jika ada berlaku kebocoran, ketirisan dan juga penyeludupan.

“Banyak juga yang melaporkan sekiranya ada kebocoran, ketirisan dan penyeludupan kepada pihak berkuasa.

“Jadi, ini memerlukan lesen memandu sah, walaupun dia ada kontroversi sedikit tetapi sekarang orang dapat terima kerana ia lebih telus.”

Dalam pada itu, kerajaan turut bersetuju untuk menyenaraikan teksi lapangan terbang (limosin airport) turut layak menerima petrol RON95 bersubsidi di bawah Skim Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS).

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.