fbpx
Now Reading
FIFA Tolak Rayuan FAM, Kekal Hukuman Denda & ‘Gantung’ 7 Pemain

FIFA Tolak Rayuan FAM, Kekal Hukuman Denda & ‘Gantung’ 7 Pemain

Susulan keputusan FIFA itu, FAM diarahkan membayar denda sebanyak RM1.9 juta dan tujuh pemain dikenakan denda masing-masing RM10,000 selain digantung selama 12 bulan daripada semua aktiviti bola sepak.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Semalam (3 November), Jawatankuasa Rayuan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) telah menolak rayuan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan tujuh pemain warisan Harimau Malaya berhubung kes pemalsuan dokumen.

Dalam satu kenyataan rasmi, FIFA memaklumkan pihaknya mengekalkan keputusan Jawatankuasa Tatatertib FIFA yang mendapati FAM dan tujuh pemain berkenaan melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC).

FAM perlu bayar RM1.9 juta & 7 pemain warisan digantung 12 bulan

Susulan keputusan itu, FAM diarahkan membayar denda sebanyak CHF350,000 (kira-kira RM1.9 juta) kepada FIFA.

Sementara tujuh pemain terbabit masing-masing diikenakan denda CHF2,000 (RM10,000) serta digantung selama 12 bulan daripada semua aktiviti bola sepak.

7 pemain warisan itu adalah:

  • Gabriel Felipe Arrocha
  • Facundo Tomas Garces
  • Rodrigo Julian Holgado
  • Imanol Javier Machuca
  • Joao Vitor Brandao Figueiredo
  • Jon Irazabal Iraurgui
  • Hector Alejandro Hevel Serrano

FAM terkejut, akan kemukakan rayuan ke Mahkamah Timbang Tara Sukan

Bagaimanapun, FAM menerusi satu kenyataan memaklumkan bahawa pihaknya akan menulis kepada FIFA untuk mendapatkan butiran penuh serta alasan bertulis keputusan tersebut.

Pemangku Presiden FAM, Datuk Wira Mohd Yusoff Haji Mahadi berkata, keputusan tersebut mengejutkan pihaknya, namun mereka akan mengambil langkah seterusnya dengan mengemukakan rayuan ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

“Ini merupakan kali pertama FAM berdepan dengan situasi seperti ini, dan pihak peguam serta pengurusan kami amat terkejut dengan keputusan tersebut.

“Walau bagaimanapun, FAM akan terus teguh memperjuangkan hak para pemain dan kepentingan bola sepak Malaysia di peringkat antarabangsa,” katanya.

Datuk nenek 7 pemain warisan tiada darah Malaysia

Sebelum ini, pada 6 Oktober lalu, Jawatankuasa Tatatertib FIFA mengeluarkan ‘motivated decision’ atau dokumen bukti yang menunjukkan bahawa tujuh pemain warisan Harimau Malaya tidak mempunyai kaitan dengan Malaysia.

Malah, pada Khamis lalu (30 Oktober), media Argentina mendedahkan datuk kepada pemain pertahanan, Facundo Garces iaitu Carlos Rogelio Fernandez memang berasal dari Argentina dan bukannya lahir di Pulau Pinang seperti yang didakwa sebelum ini.

Baca Artikel Berkaitan: FIFA Dedah Asal Usul Datuk Nenek 7 Pemain Warisan Bukan Dari Malaysia

Baca Artikel Berkaitan: Media Argentina Dakwa Dokumen Kelahiran Datuk Garces Tiada Darah Malaysia

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.