Kenapa FIFA Belum Keluarkan Keputusan Rayuan FAM? Mungkin Ini Sebabnya
Pemerhati sukan tempatan, Datuk Dr Pekan Ramli berkata, tarikh keputusan rayuan pada 30 Oktober itu bukan dijanjikan oleh FIFA sebaliknya keluar dari mulut peguam mewakili FAM, Serge Vittoz.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sehingga hari ini, keputusan rayuan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mengenai hukuman kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan tujuh pemain warisan negara yang masih belum diumumkan.
Peguam sukan dan komersial, Nik Erman Nik Roseli berkata, kelewatan itu mungkin berpunca daripada beberapa faktor biasa dalam proses perundangan dan pentadbiran FIFA.
“Mungkin ada beberapa sebab keputusan FIFA masih belum keluar. Pertama, mereka memerlukan masa untuk meneliti fakta serta hujah undang-undang yang telah dikemukakan oleh pihak terbabit,” katanya.
Kesibukan dan perlu tulis keputusan dengan teliti mungkin antara sebab kelewatan
Menurutnya, faktor kedua mungkin disebabkan kesibukan jawatankuasa FIFA yang turut mengendalikan pelbagai kes lain yang tiada kaitan dengan rayuan FAM dan pemain warisan.
“Ketiga, mereka juga perlu masa untuk menulis keputusan dengan teliti,” katanya dipetik Sinar Harian.
Menurutnya lagi, kelewatan mengumumkan keputusan bukan sesuatu yang luar biasa dalam sistem perundangan atau tatatertib badan antarabangsa seperti FIFA.
“Dalam undang-undang, penangguhan bicara atau keputusan yang lewat dikeluarkan adalah perkara biasa dan tidak semestinya membawa maksud tertentu,” ujarnya.
FAM & 7 pemain warisan dikenakan tindakan berhubung isu pemalsuan dokumen
Terdahulu, FAM dan tujuh pemain kebangsaan dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Tatatertib FIFA kerana melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC) berhubung pemalsuan dokumen salasilah keluarga untuk membolehkan mereka mewakili skuad kebangsaan.
7 pemain warisan itu adalah:
- Gabriel Felipe Arrocha
- Facundo Tomas Garces
- Rodrigo Julian Holgado
- Imanol Javier Machuca
- Joao Vitor Brandao Figueiredo
- Jon Irazabal Iraurgui
- Hector Alejandro Hevel Serrano
Baca Artikel Berkaitan: Didakwa Kemuka Dokumen Palsu, FIFA Denda FAM & 7 Pemain Warisan Digantung 12 Bulan
Susulan perkara itu, FIFA telah mengenakan denda sebanyak CHF350,000 (kira-kira RM1.9 juta) terhadap FAM selain tujuh pemain itu turut digantung selama 12 bulan daripada sebarang aktiviti bola sepak dan dikenakan denda tambahan sekitar RM10,860 setiap seorang.
FIFA turut mengeluarkan ‘motivated decision’ atau dokumen bukti yang menunjukkan bahawa tujuh pemain warisan Harimau Malaya tidak mempunyai kaitan dengan Malaysia.
Baca Artikel Berkaitan: FIFA Dedah Asal Usul Datuk Nenek 7 Pemain Warisan Bukan Dari Malaysia
FAM juga telah mengemukan rayuan kepada FIFA berhubung hukuman yang dijatuhkan tersebut dan peguam mewakili badan induk bola sepak itu, Serge Vittoz berkata keputusan akan dapat diketahui pada 30 Oktober iaitu Khamis lalu.
Namun, keputusan tersebut masih belum diumumkan FIFA sekali gus mencetus tanda tanya dalam kalangan peminat bola sepak negara.
Pun begitu, kegusaran mula timbul selepas media Argentina mendedahkan datuk kepada pemain pertahanan, Facundo Garces iaitu Carlos Rogelio Fernandez memang berasal dari Argentina dan bukannya lahir di Pulau Pinang seperti yang didakwa sebelum ini.
Baca Artikel Berkaitan: Media Argentina Dakwa Dokumen Kelahiran Datuk Garces Tiada Darah Malaysia
Tarikh keputusan 30 Oktober mungkin bukan dijanjikan FIFA
Dalam pada itu, pemerhati sukan tempatan, Datuk Dr Pekan Ramli berkata, tarikh 30 Oktober itu bukan dijanjikan oleh FIFA sebaliknya keluar dari mulut Vittoz.
“Saya rasa tak ada pun FIFA kata nak keluarkan keputusan itu pada tarikh 30 Oktober. Apa yang kita tahu mesyuarat itu berlangsung pada tarikh tersebut.
“Cumanya lepas mesyuarat itu ada prosesnya dalam mengeluarkan keputusan sebabnya ini bukan mesyuarat biasa-biasa.
“Ia perlu mendapatkan pengesahan dan diteliti oleh Jawatankuasa Rayuan. Bila dah selesai semua, barulah ia akan diumumkan,” ujar Dr Pekan.



