Content Forum Seru Industri Permainan Digital Tingkatkan Keselamatan Kanak-Kanak
Menurut satu laporan oleh World Health Organization (WHO), 34% remaja bermain permainan digital setiap hari, dan 22% bermain sekurang-kurangnya empat jam pada hari mereka dibenarkan bermain.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia (CMCF) hari ini (3 November) menyeru agar industri permainan digital mengambil peranan aktif dalam membentuk persekitaran digital yang lebih selamat bagi kanak-kanak dan pengguna muda.
Perbincangan di Parlimen serta liputan media mengenai kawalselia permainan popular seperti Roblox dan PUBG telah menimbulkan kebimbangan orang ramai terhadap keselamatan kanak-kanak di ruang dalam talian. Ibu bapa dan guru telah meluahkan kebimbangan mereka tentang kekurangan mekanisme umur yang sesuai dan kemungkinan terdedah kepada kandungan yang berbahaya atau tidak sesuai.
Menurut satu laporan oleh World Health Organization (WHO), 34% remaja bermain permainan digital setiap hari, dan 22% bermain sekurang-kurangnya empat jam pada hari mereka dibenarkan bermain.
Walaupun 68% dilabel sebagai pemain tanpa masalah, 12% tergolong dalam kumpulan berisiko permainan yang bermasalah, dicirikan oleh kawalan diri yang terjejas terhadap aktiviti permainan, keutamaan yang diberikan kepada permainan berbanding aktiviti dan minat harian lain, serta penerusan bermain walaupun menghadapi kesan negatif. Statistik ini menggariskan keperluan mendesak bagi standard industri yang lebih kukuh yang mengutamakan perlindungan kanak-kanak tanpa mengekang kreativiti atau inovasi.
“Permainan digital mempunyai kuasa untuk menyemai kreativiti, kerjasama berpasukan dan penyelesaian masalah dalam kalangan golongan muda. Namun tanpa tadbir-urus yang tepat, ia juga boleh mendedahkan mereka kepada risiko yang menjejaskan manfaat tersebut,” kata Nicholas Sagau, Presiden Malaysia Digital Association (MDA) dan Ahli Majlis CMCF.
“Industri permainan mempunyai tanggungjawab untuk menerajui perubahan ini; bukan sekadar sebagai tindak balas kepada pengawalseliaan, tetapi kerana perlindungan pemain muda seharusnya menjadi sebahagian daripada reka bentuk permainan yang mengutamakan keselamatan dan tanggungjawab. Sama pentingnya, ibu bapa perlu dibekalkan dan dididik bagaimana untuk melindungi anak-anak mereka dalam dunia yang digital yang semakin meluas.” beliau menambah.
Membina ekosistem permainan yang lebih selamat melalui piawaian industri yang bertanggungjawab
CMCF menghulurkan jemputan terbuka kepada syarikat permainan tempatan dan antarabangsa untuk menyertai rangka kerja kendiri dan membantu membangunkan standard yang dipimpin oleh industri, yang mengimbangkan inovasi dengan tanggungjawab.
Inisiatif ini akan menggalakkan kerjasama mengenai amalan terbaik yang menguatkan alat bimbingan ibu bapa, jaminan umur, sistem pengawalan kandungan, dan prinsip reka-bentuk yang beretika. CMCF percaya industri ini mampu dan sedia untuk mengawalselia kendiri secara berkesan, dan yakin bahawa ini adalah detik yang tepat untuk sektor ini menunjukkan kepimpinan.
“Harapan kami adalah tindakan bersepadu industri akan menunjukkan bagaimana kawalselia kendiri boleh memberi sokongan yang berkesan kepada usaha negara memastikan ruang dalam talian selamat untuk kanak-kanak. Kawalselia kendiri berfungsi dengan baik apabila ia dimiliki oleh industri yang diurusinya. Ini peluang kepada syarikat permainan untuk menunjukkan bahawa mereka mengambil kesejahteraan pemain muda dengan serius dan mereka boleh dipercayai untuk bertindak dengan tanggungjawab dan progresif,” kata Mediha Mahmood, Ketua Pegawai Eksekutif CMCF.

Mengapa Reka Bentuk Permainan Bertanggungjawab Penting
Permainan digital telah berkembang daripada hiburan biasa kepada ekosistem sosial di mana kanak-kanak belajar, meneroka dan membina komuniti. Namun tanpa reka bentuk yang sesuai mengikut umur dan pengawalan yang bertanggungjawab, ia boleh mendedahkan mereka kepada kandungan berbahaya, monetisasi agresif, dan interaksi yang tidak selamat.
Perdebatan awam terkini telah menyerlahkan keperluan untuk pendekatan yang tersusun namun fleksibel, satu yang membolehkan landskap permainan Malaysia berkembang sambil melindungi pengguna yang paling terdedah.
CMCF percaya bahawa kerjasama, bukan sekadar kawalan, adalah kunci untuk mencapai keseimbangan ini. Model kawalselia kendiri CMCF menyediakan platform neutral di mana industri, pakar dan masyarakat sivil boleh bersama-sama membangunkan standard yang mencerminkan inovasi dan integriti.
Forum industri ini juga menekankan bahawa keselamatan dalam talian adalah tanggungjawab bersama antara platform, pembangun, ibu bapa, pendidik dan pembuat dasar; dan bahawa kerjasama konstruktif adalah jalan ke hadapan.
Terdahulu media sosial hangat memperkatakan mengenai aktiviti berrmain game online secara tidak terkawal dikhuatiri boleh menganggu mental, tingkah laku dan emosi kanak-kanak.
Ini selepas media melaporkan seorang kanak-kanak berusia enam tahun dikelar ketika sedang tidur di sebuah rumah sekitar Kampung Parit Nipah Laut, Parit Raja, Johor.
Siasatan awal mendapati kecederaan dialami oleh kanak-kanak itu berkemungkinan dilakukan oleh abangnya yang berusia sembilan tahun disebabkan permainan dalam talian popular, Roblox.
Baca artikel berkaitan:
The name is Ahmed Faez Amir. I steer BuzzKini's editorial voice and online presence, consulting senior leadership when it matters . Outside of work, I enjoy working with audio, composing music, reading, and camping whenever I get the chance.

