Kes Zayn Rayyan: Ismanira Didapati Bersalah Abai Anak, Dipenjara 5 Tahun
Ibu Zayn Rayyan, Ismanira didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini (30 Oktober) atas tuduhan mengabaikan Zayn Rayyan hingga menyebabkan kecederaan fizikal pada dua tahun lalu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Masihkah anda ingat kes melibatkan kanak-kanak autisme, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin?
Kehilangan Zayn yang berusia 6 tahun pada 5 Disember 2023 sebelum mayatnya ditemui pada 6 Disember 2023 nyata mendapat perhatian ramai pihak.
Malah, masih ada lagi yang mengikuti perkembangan kes tersebut lebih-lebih melibatkan ibu mangsa sendiri, Ismanira Abdul Manaf.
Ismanira Didapati Bersalah Abai Anak, Gagal Timbulkan Keraguan
Terbaharu, Ismanira Abdul Manaf, 30, dijatuhi hukuman penjara lima tahun selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini (30 Oktober) atas tuduhan mengabaikan Zayn Rayyan hingga menyebabkan kecederaan fizikal pada dua tahun lalu.
Hakim Dr Syahliza Warnoh membuat keputusan berkenaan selepas mahkamah ditangguhkan seketika.
Ini bagi membolehkan pihak pendakwaan dan pembelaan menyediakan hujahan mitigasi berhubung keputusan.
Ibu Zayn Rayyan jalani hukuman penjara 5 tahun di Penjara Kajang hari ini
Dr Syahliza turut memerintahkan Ismanira menjalani hukuman tersebut secara serta-merta di selepas menolak permohonan pihak pembelaan untuk menangguhkan hukuman terhadap tertuduh.
Sehubungan itu Ismanira akan dibawa ke Penjara Kajang hari ini (31 Oktober).
Bapa Zayn Rayyan menjerit “Semoga Allah Laknat”
Pun begitu, suasana di galeri awam bertukar tegang apabila bapa Zayn Rayyan, Zaim Ikhwan Zahari, dilihat gagal mengawal perasaannya apabila bangun dan menjerit “semoga Allah laknat” sebaik isterinya diperintah menjalani hukuman serta-merta itu
Memetik Sinar Harian, Zaim dilihat menjerit ayat tersebut sambil pandangannya tertumpu ke arah pegawai penyiasat (IO) kes anak mereka itu.
Beberapa ahli keluarga kemudiannya bertindak menenangkan Zaim sebelum membawanya keluar dari kamar mahkamah.
Namun keadaan terus menjadi tega apabila ibu Zaim pula meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pegawai polis yang menyiasat kes tersebut.
“Puaslah kau, botak!” kata ibu Zaim sebelum meninggalkan kawasan mahkamah.
Terdahulu hakim memutuskan Ismanira bersalah selepas pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap wanita yang berusia 30 tahun itu.
Walau bagaimanapun, Zaim dilepas dan dibebaskan atas pertuduhan sama.
Pertuduhan Berdasarkan Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 & Dibaca Bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan
Sepanjang prosiding berlangsung, seramai 28 saksi pendakwaan serta lima saksi pembelaan telah dipanggil untuk memberi keterangan termasuklah ibu tertuduh sendiri sebagai saksi utama pembelaan.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Jika sabit kesalahan, ia boleh membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali.
Pendakwaan dibuat oleh Timbalan Pendakwa Raya Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin, Aqharie Durranie Aziz dan Nur Sabrina Zubairi, manakala Ismanira diwakili peguam Haresh Mahadevan, Ramzani Idris dan Lavanesh Haresh.



