Now Reading
AMANAH Johor Minta Kerajaan Pertimbang Haramkan Permainan Roblox Buat Kanak-Kanak

AMANAH Johor Minta Kerajaan Pertimbang Haramkan Permainan Roblox Buat Kanak-Kanak

Menurut Setiausaha Amanah Negeri Johor, Mohd Idris Mohd Jiat, gesaan itu dibuat ekoran kebimbangan masyarakat mengenai kandungan dan interaksi dalam permainan Roblox yang didakwa semakin tidak terkawal.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Baru-baru ini, rakyat Malaysia digemparkan dengan berita seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun cedera akibat dikelar.

Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad, siasatan awal mendapati kecederaan yang dialami oleh kanak-kanak berkenaan berkemungkinan dilakukan oleh abangnya yang berusia sembilan tahun.

Jelas Ab Rahaman, hasil siasatan yang dibuat terhadap abang mangsa mendapati terdapat kemungkinan kesan daripada permainan Roblox yang menyebabkan si abang mengalami halusinasi pada waktu malam dan seolah-olah disuruh untuk mencederakan ahli keluarganya.

Walau bagaimanapun, kes tersebut masih dalam siasatan lanjut oleh pihak polis. Malah, ibu bapa kanak-kanak berkenaan telahpun dibebaskan dengan jaminan polis semalam (30 Oktober) selepas direman selama dua hari bagi membantu siasatan.

Baca Artikel Berkaitan: Hilangkan 1 Juta ‘Point’ Roblox Mungkin Punca Adik Berusia 6 Tahun Dikelar Abang

AMANAH Mohon Kerajaan Pertimbang Haramkan Roblox Buat Kanak-Kanak

Terbaharu, Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Johor menyeru agar kerajaan meneliti serta mempertimbangkan cadangan untuk mengharamkan permainan dalam talian Roblox buat kanak-kanak di Malaysia.

Menurut Setiausaha Amanah Negeri Johor, Mohd Idris Mohd Jiat, gesaan itu dibuat ekoran kebimbangan masyarakat mengenai kandungan dan interaksi dalam permainan tersbeut yang didakwa semakin tidak terkawal.

Malah, ia dilihat berpotensi untuk merosak akhlak serta perkembangan sosial kanak-kanak.

“Amanah Johor berpandangan bahawa kerajaan perlu bertindak tegas dan berani dalam menangani sebarang bentuk hiburan digital atau permainan dalam talian yang mempunyai unsur negatif seperti keganasan, penyamaran identiti, kandungan lucah atau eksploitasi kanak-kanak,” katanya.

Pastikan Dasar Perlindungan Digital Dilaksanakan Dengan Serius

Mohd Idris turut berpendapat kerajaan perlu memastikan dasar perlindungan digital terhadap kanak-kanak dilaksanakan dengan serius.

Ia termasuklah memperkenalkan garis panduan dan sekatan umur yang jelas bagi sebarang bentuk permainan atau platform yang dapat diakses secara terbuka.

Pada masa yang sama, Amanah Johor turut mendesak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mempertingkatkan pemantauan terhadap jenayah siber khususnya yang melibatkan kanak-kanak serta golongan remaja di ruang maya.

Pemantauan itu turut melibatkan kes eksploitasi, buli siber dan pendedahan tidak bermoral.

“Kanak-kanak adalah aset masa depan negara. Maka, setiap bentuk hiburan atau platform digital yang boleh menggugat akhlak, keselamatan dan perkembangan mental mereka perlu disemak serta dikawal dengan tegas dan berkesan.

“Kami menegaskan bahawa tanggungjawab membentuk generasi berakhlak dan beradab bukan hanya terletak di bahu ibu bapa tetapi juga di bawah tanggungjawab kerajaan, agensi penguat kuasa, dan penyedia platform digital,” tegasnya.

Kerajaan Nilai Keperluan Untuk Lesenkan 10 Jenis Permainan Dalam Talian

Semalam (30 Oktober), media melaporkan Kementerian Komunikasi menerusi MCMC sedang meneliti mekanisme kawal selia baharu bagi memastikan kandungan permainan dalam talian dan aplikasi media sosial adalah selamat khususnya untuk pengguna bawah umur.

Menurut Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, ia susulan peningkatan kebimbangan mengenai keselamatan penggunaan kanak-kanak yang melibatkan aplikasi permainan Roblox.

Malah, kementeriannya kini sedang menilai keperluan untuk melesenkan sekurang-kurangnya 10 permainan video yang dianggap tidak sesuai buat mereka di bawah usia 16 tahun.

10 permainan video tersebut adalah:

  1. Roblox
  2. Grand Theft Auto (GTA)
  3. Call of Duty
  4. PUBG
  5. Free Fire
  6. Fortnite
  7. Dead by Daylight
  8. Among Us
  9. Horrorfield
  10.  The Outlast Trials

Sebelum ini, beberapa negara telah mengharamkan permainan Roblox antaranya adalah Turkiye, China, Iraq dan Qatar atas alasan kandungan permainan berkenaan tidak sesuai serta berisiko untuk kanak-kanak.

Namun, tidak dapat dipastikan sama ada pengharaman tersebut masih lagi diteruskan atau ia sudah ditarik semula.

Baca Artikel Berkaitan: Turkiye Haramkan Permainan Roblox

Baca Artikel Berkaitan: Pendakwah Dedah Remaja 15 Tahun Di Ipoh Murtad Gara-gara Terhasut Rakan Dalam ‘Online Game’

Baca Artikel Berkaitan: Anak Suka Main Game Online Guna Gajet? Pakar Perjelas Boleh Wujud Risiko Gangguan Mental [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.