Anwar Ibrahim Top 10 Dalam Senarai 500 Tokoh Muslim Paling Berpengaruh Di Dunia
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut berada di tangga ketujuh bagi kategori pemimpin Islam dan ahli politik yang paling berpengaruh di dunia berbanding di tangga kesembilan pada tahun 2025.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Walaupun Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 telah melabuhkan tirainya pada 28 Oktober lalu, nama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih hangat lagi diperkatakan sehingga kini.
Apatah lagi semalam (29 Oktober), Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dilihat masih belum ‘move on’ apabila memuji Malaysia dan Anwar ketika berucap di Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) yang diadakan di Korea Selatan.
Ia susulan kejayaan Malaysia di bawah pimpinan Anwar yang melaksanakan Pemeteraian Perjanjian Damai Kuala Lumpur antara Kemboja dan Thailand pada Ahad (26 Oktober) lalu.
Malah, sebelum ini juga, nama Anwar Ibrahim menjadi bualan susulan kelantangan beliau bersuara mengenai isu rakyat Palestin.
Anwar Ibrahim Ditangga Ke-10, Diiktiraf Tokoh Muslim Paling Berpengaruh Di Dunia
Terbaharu, Anwar berada di tangga ke-10 dalam senarai sebagai tokoh Muslim paling berpengaruh di dunia edisi 2026 dalam buku The World’s 500 Most Influential Muslims yang diterbitkan oleh Pusat Kajian Strategik Diraja Islam (RISSC), Jordan.
Apa yang menjadi perhatian adalah kedudukan itu meningkat berbanding tahun 2025 iaitu di tangga ke-15 dalam kategori yang sama.
Peningkatan ini sekaligus mencerminkan pengiktirafan antarabangsa terhadap kepimpinan beliau serta kedudukan Malaysia di mata dunia.
Dalam laporan tersebut, Anwar tersenarai antara 50 tokoh muslim paling berpengaruh di dunia bersama-sama dengan tokoh lain antaranya seperti Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani yang menduduki tempat pertama, Presiden Tukiye, Recep Tayyip Erdogan (7), Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdul-Aziz Al-Saud di tangga ke-8 dan Presiden Indonesia Prabowo Subianto di tangga ke-15.


Berada Di Tangga Ke-7 Bagi Kategori Ahli Politik
Lebih menarik, Anwar berada di tangga ketujuh bagi kategori pemimpin Islam dan ahli politik yang paling berpengaruh di dunia berbanding ditangga kesembilan pada tahun 2025.
Kedudukan ini mengatasi Prabowo yang berada ditangga ke-10 manakala Presiden Mesir, Abdel Fattah Saeed Al-Sisi di tangga ke-13.

Penilaian dibuat berdasarkan kepada pengaruh tokoh Muslim yang didefinisikan sebagai kemampuan membawa perubahan ketara dalam dunia Islam atau Muslim dari beberapa aspek iaitu:
- Budaya
- Ideologi
- Kewangan
- Politik
- Bidang lain
Kesemua ini dinilai dengan melihat kesan atau impak sama ada positif mahupun negatif bergantung kepada perspektif.
Anwar Main Peranan Penting Reda Ketegangan Thailand & Kemboja, Lantang Bersuara Mengenai Rakyat Palestin
Buku yang diterbitkan oleh RISSC menyatakan Anwar memainkan peranan penting dalam meredakan ketegangan yang berlaku antara Thailand dan Kemboja ekoran pertempuran sempadan yang berlaku antara kedua-dua negara itu selama beberapa hari.
Malah, Anwar juga lantang bersuara mengenai perjuangan rakyat Palestin dalam menghadapi kekejaman Israel.
“Anwar membantu membina kepercayaan antara Bangkok dan Phnom Penh, mengukuhkan imej Malaysia sebagai pengantara keamanan yang konstruktif di Asia Tenggara. Sementara itu, beliau juga penyokong tegas hak Palestin untuk menentang pendudukan.
“Perjumpaannya dengan pegawai Hamas (termasuk pemimpin Hamas yang dibunuh, Ismail Haniyeh) mendapat kritikan daripada Amerika Syarikat.
“Catatan beliau di media sosial yang menzahirkan ucapan takziah selepas pembunuhan Ismail Haniyeh telah dipadam, mendorong beliau menyatakan: ‘Biarlah ini menjadi mesej jelas dan tegas kepada Meta: hentikan sikap pengecut ini dan berhenti bertindak sebagai alat rejim Zionis Israel yang menindas,'” tulis penerbitan berkenaan.
Sebagai info, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah dinobat sebagai Lelaki Muslim Paling Berpengaruh Di Dunia pada tahun 2019 oleh penerbitan sama.
Pada waktu itu, Tun M mendapat penghargaan tersebut kerana kecemerlangannya dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin.
Malah, laporan tersebut menyebut, Tun M memainkan peranan utama dalam memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dalam merapatkan jurang ekonomi antara kaum.
Baca Artikel Berkaitan: “Kamu Salah Pilih Orang” – PM Anwar Dedah Akan Terus Pertahan Palestin Meski Terima Ugutan Barat
Baca Artikel Berkaitan: Negara Yang Enggan Terima Resolusi PBB Harus Disingkir – Anwar Ibrahim
Baca Artikel Berkaitan: Hentikan Keganasan Ke Atas Palestin Dahulu, Baru Boleh Berunding – PMX



