fbpx
Now Reading
“Macam Duduk Dalam Istana Tapi…” – Anwar Kongsi Pengalaman Naik The Beast Bersama Trump

“Macam Duduk Dalam Istana Tapi…” – Anwar Kongsi Pengalaman Naik The Beast Bersama Trump

Semalam (28 Oktober), Duta Amerika Syarikat ke Malaysia, Edgard D Kagan memuji Malaysia dan menjelaskan Trump tertarik dengan negara ini semasa lawatannya ke Kuala Lumpur.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sidang Kemuncak ASEAN 2025 yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini telahpun melabuhkan tirainya semalam (28 Oktober).

Sejak penganjurannya pada 26 Oktober lalu, pelbagai perkara mendapat perhatian dan menjadi bualan ramai.

Antaranya adalah kedatangan pemimpin paling berpengaruh di dunia — Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump serta momen Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menaiki kenderaan rasmi Trump, The Beast menuju ke Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).

Peristiwa itu nyata mendapat perhatian apatah lagi Trump melanggar ‘protokol keselamatan’ dengan menjemput Anwar menaiki kenderaan tersebut bersama beliau.

Baca Artikel Berkaitan: Umpama Kubu Bergerak! Ini Fakta Menarik Tentang Kereta Rasmi Presiden Donald Trump, The Beast

Naik The Beast Macam Dalam Istana Tetapi Saya Tidak Terpukau – Anwar Ibrahim

Terbaharu, Anwar berkongsi pengalamannya menaiki kenderaan yang dianggap sebagai kubu bergerak bagi sesetengah pihak.

Jelas Anwar, dia mengakui duduk di dalam kenderaan itu seperti di istana namun suasana itu sedikit pun tidak memukau hatinya.

Ini kerana terang beliau, peluang itu dijadikan sebagai kesempatan untuk berkongsi beberapa pandangan bersama Trump.

“Dalam kenderaan yang disebut ‘The Beast’ itu, (di bahagian) belakang kereta. Duduk dalam kereta macam duduk dalam istana tapi saya tidak terpukau kerana duduk sebelah Trump.

“Saya ucap terima kasih kerana datang ke Malaysia. Terima kasih kerana selesaikan tetapi (ada beberapa) pandangan,” katanya.

Turut Guna Peluang Sentuh Isu Gaza & Hamas

Memetik Harian Metro, Anwar yang juga merupakan Pengerusi ASEAN turut menjelaskan pertemuan empat mata bersama Trump di dalam The Beast digunakan sebaik mungkin membincangkan pelbagai isu antaranya seperti tarif dan Gaza.

Apabila menyentuh tentang tarif, Anwar menyatakan 19% masih tinggi bagi Malaysia namun Trump bersetuju untuk mengenakan sifar tarif terhadap kemudahan utama iaitu eksport semikonduktor pada ketika ini.

“Saya mengucapkan terima kasih kepadanya atas keputusan itu dan kemudian saya luangkan masa membincangkan isu Gaza.

“Beliau maklum mengenai pertemuan saya dengan Ketua Politik Hamas, Ismail Haneyeh dan saya menjelaskan kepadanya mengapa saya terbabit dalam perkara itu.

“Saya juga benar-benar menggesa Hamas supaya menyokong inisiatif yang digerakkan oleh negara-negara jiran Arab,” kongsinya.

Anwar Sifatkan Trump Pendengar Yang Baik

Malah, Anwar turut menyifatkan bahawa Trump merupakan pendengar yang baik walaupun ada perkara yang pada awalnya bertentangan dengan pendirian beliau.

“Jadi, apa yang anda harapkan daripada saya? Saya telah melakukan yang terbaik untuk menyuarakan suara hati nurani dan itulah yang perlu dilakukan.

“Jika peluang sebegini tidak hadir lagi, mungkin tiada ruang seperti ini pada masa depan, tetapi ini ialah suara yang perlu beliau dengar,” katanya.

Tambah Anwar lagi, beliau turut mengulangi isu tersebut dalam pertemuan rasmi dua hala antara Malaysia dan AS di mesyuarat ASEAN.

“Dalam sesi rasmi seperti ini, saya perlu lebih berhati-hati kerana ia adalah persidangan pelaksanaan, bukan tempat untuk berbicara secara bebas seperti dalam pertemuan peribadi.

“Namun saya telah berusaha sebaik mungkin untuk bercakap kepadanya bahawa inisiatif ini mesti bersifat menyeluruh, berkekalan dan adil,” terangnya lagi.

Tetap Bertegas Tentang Isu Gaza

Pada masa yang sama, Anwar menjelaskan beliau terus menuntut penyelesaian menyeluruh mengenai isu tersebut dan menghormati rakyat Gaza.

“Menyeluruh bermakna menghormati hak rakyat Palestin dan negara mereka.

“Siapa yang menyatakan hal itu? Malaysia, di hadapan siapa? Di hadapan Donald Trump dan inilah yang kita lakukan,” katanya.

Anwar turut menegaskan Malaysia tidak akan berdiam diri mengenai isu kekejaman Gaza dan terus lantang bersuara menuntut keadilan dan penyelsaian politik secara menyeluruh buat rakyat Palestin.

Malah, Anwar menolak dakwaan bahawa Malaysia hanya berdiam diri. Namun menegaskan keberanian negara yang membawa suara rakyat Palestin kepada Trump.

“Siapa kata kita tidak bersuara? Kita boleh menjerit di sini, tetapi orang di Gaza mati dibom,” terangnya lagi.

Semalam (28 Oktober), Duta Amerika Syarikat ke Malaysia, Edgard D Kagan memuji Malaysia di atas sambutan terhadap Trump yang menurutnya membuka bab baharu dalam perhubungan dua negara.

“Yang paling penting ialah kita kini meningkatkan tahap hubungan ke peringkat seterusnya. Saya fikir kita melihat hubungan AS-Malaysia bersatu dalam beberapa bidang yang benar-benar utama,” katanya.

Edgard dalam satu sidang media berkata Trump tertarik dengan Malaysia semasa lawatan ke Kuala Lumpur.

“Satu perkara yang Presiden nyatakan kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) sebelum beliau berlepas hari ini (semalam) ialah beliau sangat gembira kerana seluruh dunia mendapat peluang melihat betapa hebatnya Malaysia,” katanya.

Baca Artikel Berkaitan: ASEAN 2025: “Lagi Bersih Dari California” – Warga AS Puji Kebersihan Lebuh Raya Di Malaysia

Baca Artikel Berkaitan: Kerap Bergurau Tapi Sebenarnya Berjiwa Pejuang! Ini Sejarah PM Timor-Leste, Kay Rala Xanana Gusmão

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.