fbpx
Now Reading
Hilangkan 1 Juta ‘Point’ Roblox Mungkin Punca Adik Berusia 6 Tahun Dikelar Abang

Hilangkan 1 Juta ‘Point’ Roblox Mungkin Punca Adik Berusia 6 Tahun Dikelar Abang

Menurut Ketua Polis Johor, siasatan awal pihaknya juga mendapati kecederaan yang dialami oleh kanak-kanak berusia enam tahun itu berkemungkinan dilakukan oleh abangnya yang berusia sembilan tahun.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu

Polis tidak menolak kemungkinan permainan dalam talian popular, Roblox mungkin mempengaruhi insiden seorang kanak-kanak berusia enam tahun cedera dikelar di leher dalam kejadian awal pagi kelmarin (27 Oktober) di sebuah rumah di Kampung Parit Nipah Laut, Parit Raja, Johor Bahru.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, mangsa ditemui dengan kesan kelar di leher serta luka tikaman pada badannya.

Ibu bapa mangsa yang masing-masing berusia dalam linkungan 40-an kemudiannya telah ditahan bagi membantu siasatan.

Abang berusia 9 tahun dipercayai kelar adik

Kata Ab Rahaman, siasatan awal pihaknya juga mendapati kecederaan yang dialami oleh kanak-kanak itu berkemungkinan dilakukan oleh abangnya yang berusia sembilan tahun.

“Bagaimanapun motif kejadian masih lagi dalam siasatan. Tetapi ianya ada berkemungkinan ada kaitan di mana abang mangsa mempunyai satu aplikasi permainan di dalam telefon pintarnya,” katanya dipetik Harian Metro.

Menurutnya lagi, siasatan awal turut mendapati abang mangsa bermain secara berlebihan dan berjaya mengumpul kira-kira satu juta ‘mata’ (point) dalam permainan itu.

Mangsa dipercayai hilangkan 1 juta point Roblox abangnya

Jelas Ab Rahaman, mangsa dipercayai telah merosakkan telefon abangnya dan menyebabkan point dalam permainan Roblox yang telah dikumpul itu hilang.

“Hasil soal siasat yang dibuat terhadap abang mangsa, mungkin ada kesan daripada game, dia mengalami macam halusinasi waktu malam dan seolah-olah disuruh untuk mencederakan ahli keluarganya.

“Dipercayai abang mangsa mengambil sebilah pisau yang ada dalam rumah itu dan mencederakan adiknya sendiri tetapi apa-apa pun dalam hal ini kita masih menjalankan siasatan lanjut,” katanya.

Mangsa dan abangnya kini di bawah pengawasan JKM

Berkongsi lanjut, beliau berkata mangsa kini sedang menerima rawatan di Hospital Batu Pahat dan berada dalam keadaan stabil.

“Siasatan masih di peringkat awal, dan kami belum dapat merakamkan kenyataan mangsa kerana dia masih belum pulih sepenuhnya.

“Mangsa dan abangnya kini berada di bawah pengawasan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebab mereka di bawah umur.

“Polis telah merujuk kertas siasatan kepada Penasihat Undang-Undang Negeri Johor untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Terdahulu, ibu bapa kepada dua kanak-kanak itu direman dua hari di Mahkamah Majistret Batu Pahat hari ini bagi membantu siasatan berhubung insiden terbabit.

Perintah remah terhadap kedua-dua suspek berusia 41 tahun dikeluarkan Majistret Nurasidah A Rahman bermula hari ini sehingga esok bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lebih lanjut mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Baca Artikel Berkaitan: Kes Budak 6 Tahun Dikelar Ketika Tidur, Ibu Bapa Ditahan Polis

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.