fbpx
Now Reading
Dua Remaja 13 Tahun Ditahan Tendang Motosikal Anggota Polis

Dua Remaja 13 Tahun Ditahan Tendang Motosikal Anggota Polis

Menurut Ketua Polis Daerah Temerloh, ketika kejadian, mangsa bersama rakan setugas sedang melakukan rondaan sebelum terserempak dengan sebuah motosikal tanpa nombor pendaftaran dinaiki dua lelaki dalam kedaan mencurigakan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Dua remaja lelaki berusia 13 tahun ditahan pihak polis selepas dipercayai menendang motosikal Unit Rondaan Bermotosikal (URB) sehingga menyebabkan seorang anggota cedera.

Kejadian terbabit berlaku sekitar jam 1.30 pagi semalam (26 Oktober) di Jalan Tengku Ismail, Temerloh, Pahang.

Ketua Polis Daerah Temerloh, ACP Mohd Nasyim Bahron berkata, ketika kejadian, mangsa bersama rakan setugas sedang melakukan rondaan sebelum terserempak dengan sebuah motosikal tanpa nombor pendaftaran dinaiki dua lelaki dalam kedaan mencurigakan.

Cuba larikan diri dan tendang motosikal polis

Menurutnya, suspek kemudian melarikan diri dengan memecut motosikal sebelum dikejar dan ketika itu, remaja berkenaan bertindak menendang motosikal polis sehingga menyebabkan mangsa berusia 23 tahun itu terjatuh.

“Kedua-dua suspek kemudian melarikan diri manakala mangsa dibawa ke Hospital Temerloh untuk rawatan akibat luka di tangan dan kaki kanan,” katanya dalam satu kenyataan dipetik Harian Metro.

Susulan kejadian itu, Nasyim berkata pihaknya telah menahan kedua-dua remaja terbabit pada pukul 2.30 petang hari yang sama.

Motosikal turut dirampas, kes disiasat di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan

Menurutnya lagi, pihak polis turut merampas sebuah motosikal berwarna hitam jenis Demak EX 90 untuk siasatan lanjut.

Foto: PDRM via Sinar Harian

Jelasnya, kes disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan bagi menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

“Tindakan juga boleh diambil di bawah Seksyen 26(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 terhadap pemilik kenderaan yang membenarkan individu tanpa lesen sah menunggang motosikal, manakala ibu bapa atau penjaga boleh disiasat mengikut Seksyen 39 akta sama,” katanya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.