Now Reading
Larangan Alkohol Di Sekolah: Lim Guan Eng Sifatkan Anwar Ibrahim Jolok Sarang Tebuan

Larangan Alkohol Di Sekolah: Lim Guan Eng Sifatkan Anwar Ibrahim Jolok Sarang Tebuan

Dakwa Lim Guan Eng, kenyataan Anwar ketika sesi Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat semalam (23 Oktober) telah menimbulkan rasa kecewa dalam kalangan masyarakat Cina.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Semalam (23 Oktober), Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas penganjuran pesta arak di kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Michael, Ipoh pada 27 September lalu.

Jelas beliau, walaupun acara tersebut diadakan selepas waktu sekolah, ia jelas melanggar peraturan meskipun dianjurkan oleh pihak luar.

Malah Anwar yang pernah menjawat jawatan Menteri Pendidikan pada tahun 1986 menjelaskan penganjuran pesta arak yang turut melibatkan aktiviti perjudian adalah bertentangan dengan falsafah dan pendidikan negara.

Terangnya lagi, Kementerian Pendidikan (KPM) juga sedang memperhalusi cadangan untuk memperketatkan undang-undang sekolah bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang kembali.

“Sekarang KPM meneliti supaya peraturan-peraturan ini. Kalau sekolah itu swasta itu ada masalah sikit, kena lihat bidang hak kuasa kerajaan kalau milik kerajaan saya tidak fikir harus langar prinsip ini.

“Saya cenderung untuk tidak membenarkan pesta-pesta seperti itu (arak) termasuk pesta-pesta kerajaan sama ada selepas atau sebelum seperti yang berlaku baru-baru ini,” ujarnya.

Larangan Penggunaan Alkohol Di Sekolah Cina Ibarat Jolok Sarang Tebuan

Terbaharu, Penasihat Parti Tindakan Demokratik (DAP), Lim Guan Eng mendakwa larangan penganjuran majlis menghidangkan minuman beralkohol di dewan awam dalam kawasan sekolah termasuk yang dibiayai komuniti Cina ibarat menjolok sarang tebuan.

Menurut Lim, kenyataan Anwar ketika sesi Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat semalam (23 Oktober) telah menimbulkan rasa kecewa dalam kalangan masyarakat Cina.

Minuman Beralkohol Adalah Amalam & Adat Biasa Masyarakat Cina

Ini kerana, hidangan minuman beralkohol adalah amalan dan adat biasa dalam masyarakat Cina seperti majlis perkahwinan dan jamuan di kuil.

“Hidangan minuman beralkohol dalam acara hiburan di dewan sekolah Cina di luar aktiviti sekolah tanpa penglibatan pelajar malah telah berlangsung tanpa gangguan sejak negara mencapai kemerdekaaan pada tahun 1957.

“Walaupun Anwar menegaskan larangan arak ini bukan untuk mengenakan nilai dan pandangan Islam dengan menyekat hak bukan Islam, tetapi untuk memartabatkan sekolah sebagai tempat pendidikan kanak-kanak, masyarakat Cina tidak bersetuju,” terangnya.

Pelajar Tidak Terdedah Dengan Alkohol & Mempunyai Akhlak Yang Baik

Jelas Lim lagi, sekolah rendah Cina terkenal sebagai institusi pendidikan yang cemerlang dan pelajarnya mempunyai akhlak yang baik serta tidak terdedah kepada alkohol.

Tambahnya lagi, bilangan kes rogol, liwat atau penderaan seksual di sekolah Cina jika ada adalah rendah berbanding semua jenis sekolah.

Oleh yang demikian, dia mendakwa masyarakat Cina mempersoalkan larangan yang pada hematnya ‘mengikut rentak golongan ekstremis dan perkauman’.

Dakwa Larangan Minuman Beralkohol Ganggu Kebiasaan Yang Telah Diamalkan

Dakwa Ahli Parlimen Bagan itu lagi, larangan tersebut telah mencampuri, mengganggu serta menjejaskan kebiasaan (norma) selama ini yang tidak pernah menimbulkan kontroversi atau beri kesan negatif terhadap masyarakat Islam.

Malah tegasnya, sewaktu pentadbiran Pas, parti itu tidak pernah mencampuri urusan di sekolah rendah Cina dan aktiviti sedemikian terus berjalan tanpa gangguan.

“Selain itu, di manakah had kepada sekatan-sekatan seperti ini akan berakhir? Adakah sasaran seterusnya selepas alkohol adalah daging babi?

“Memandangkan daging babi diharamkan di institusi kerajaan, adakah sekolah rendah Cina juga akan berdepan larangan untuk menghidangkan daging babi dalam majlis-majlis kebiasaan?,” terangnya.

Pada masa yang sama, Lim menjelaskan Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook telah mengambil inisiatif untuk berbincang dengan Anwar sebagai mencari jalan penyelesaian yang dapat mengekalkan tradisi dan amalan budaya masyarakat Cina di dewan sekolah mereka.

首相拿督斯里安华依布拉欣捅破了马蜂窝,引起华社深深的不满。他昨日在国会发表言论,指出在由华社资金独力兴建的华校礼堂范围内,不应供应酒精饮品。自1957年独立以来,这些礼堂在校外时间举办的各类活动如华人婚宴、庙会晚宴或文娱庆典一向允许在不涉及…

Posted by Lim Guan Eng on Thursday 23 October 2025

Baca Artikel Berkaitan: Kerajaan Tegas Dalam Larangan Hidangan Alkohol Di Dalam Majlis Rasmi – Anwar Ibrahim

Baca Artikel Berkaitan: “Syarikat Arak Taja Sekolah Cina Bukan Baharu, Akan Jelaskan Pada Jemaah Menteri Esok” – Anthony Loke

Baca Artikel Berkaitan: Isu Sumbangan Syarikat Arak: “Bola Sepak Pun Tak Dibenar Terima Dana, Apa Lagi Sekolah”- Akmal

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.