Pemandu Lori Maut Terkena Serangan Jantung, Rempuh 3 Kenderaan [Video]
Menurut Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Mohd Rosdi Daud, mangsa yang berada dalam lori berkenaan sedang memarkir kenderaannya mengalami serangan jantung sebelum lori yang dinaiki bergerak ke hadapan secara perlahan dan melanggar tiga kenderaan lain.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Semalam (22 Oktober), tular di media sosial video sebuah lori simen yang melanggar dua tiang lampu jalan dalam kejadian yang dipercayai berlaku di Kubang Kerian, Kelantan.
Menerusi beberapa hantaran yang tular, kelihatan lori berkenaan melanggar tiang lampu yang berada di tengah jalan sambil turut dikejar oleh beberapa individu.
Hantaran tersebut nyata mendapat perhatian ramai apatah lagi tular dakwaan yang mendakwa pemandu lori terbabit berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.
@nixmartt Heart attack mungkin..
♬ original sound – Nik Hanis – Nik Hanis
Tonton video penuh [DI SINI]
Pemandu Lori Dipercayai Alami Serangan Jantung Ketika Parkir Kenderaan
Memetik Harian Metro, pemandu lori berkenaan dipercayai mengalami serangan jantung sebelum disahkan meninggal dunia ketika sedang memarkir kenderaan berhampiran Pusat Tuisyen Al-Amin petang semalam (22 Oktober).
Dalam kejadian kira-kira jam 1.10 petang itu, mangsa yang berusia 56 tahun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM).
Menurut Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud, mangsa yang berada dalam lori berkenaan sedang memarkir kenderaannya sebelum mengalami serangan jantung.
Lori Bergerak & Rempuh 3 Kenderaan Lain
Akibat serangan tersebut, lori yang dinaiki mangsa bergerak ke hadapan secara perlahan dan melanggar tiga kenderaan lain.
“Pemandu lori berkenaan dibawa ke HPUSM untuk mendapat rawatan lanjut dan disahkan meninggal dunia jam 2.10 petang manakala pemandu kenderaan lain tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Siasatan lanjut berkaitan kemalangan masih diteruskan mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut (SDR),” katanya yang dipetik daripada Harian Metro.
Saksi Dakwa Lihat Kepala Pemandu Telangkup Di Stereng
Memetik Sinar Harian, seorang saksi kejadian yang dikenali sebagai Afisah Ibrahim mendakwa dia sempat melihat kepala pemandu lori berkenaan dalam keadaan telangkup di stereng.
Ketika insiden berlaku, dia bersama dua orang anaknya yang berusia empat dan tujuh tahun sedang berhenti di sebuah kedai untuk membeli pulut ayam.
“Saya baru lepas ambil anak Sekolah Kebangsaan (SK) Kubang Kerian 1. Kebetulan saya parkir kereta berhampiran dengan lori itu dan sempat melihat kepala pemandu seperti berada dalam keadaan telangkup di stereng,” jelasnya.
Dakwa Kereta Nyaris Dirempuh Lori Berkenaan
Jelas Afisah lagi, dia kemudiannya mendengar orang ramai menjerit dan lori berkenaan bergerak melanggar beberapa buah serta tiang lampu.
“Saya ketika itu panik kerana lori tersebut hampir hendak merempuh kereta dan dua anak ada di dalamnya.
“Alhamdulillah kereta saya tidak terkena, walaupun sudah hampir dekat. Saya terus menghubungi talian kecemasan memaklumkan kejadian itu kerana bimbang lokasi berkenaan berhampiran kawasan sekolah dan ketika itu waktu pelajar pulang,” dakwanya lagi.
Baca Artikel Berkaitan: Polis Sahkan Pemandu Lori Rempuh 3 Kereta Bukan Mabuk Tapi Terkena Serangan Jantung
Baca Artikel Berkaitan: “Habis Dia Sapu” – Tular Rakaman Lori Treler Rempuh Kereta & Motosikal Raih Kecaman Ramai [Video]



