fbpx

Isu Disiplin Pelajar Sekolah: “Wajar Kembalikan Hukuman Rotan Dengan Syarat Ketat” – Anwar Ibrahim

Dalam pada itu, Anwar menjelaskan kerajaan turut bersetuju untuk meletak polis di sekolah bagi menjamin keselamatan pelajar sebagai langkah menangani masalah buli, penderaan dan jenayah yang semakin berleluasa.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Isu melibatkan disipilin pelajar sekolah masih hangat lagi diperkatakan sehingga kini.

Apatah lagi sejak belakangan ini, ada sahaja kes jenayah seperti rogol dan bunuh melibatkan kumpulan berkenaan.

Bukan itu sahaja, terdapat perkongsian segelintir individu mengenai sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pelajar sewaktu sesi pembelajaran.

Keadaan itu nyata mengundang rasa risau sesetengah pihak yang memikirkan masa hadapan mereka.

Baca Artikel Berkaitan: Pelajar Perempuan Tingkatan 4 Maut Ditikam Pelajar Lelaki Tingkatan 2 Di Sekolah Di Bandar Utama

Baca Artikel Berkaitan: Satu Lagi Kes Buli, Polis Sahkan Terima Laporan Murid Darjah 1 Cedera Dipukul Di Sekolah

PM Berpandangan Wajar Kembalikan Hukuman Rotan Tapi Dengan Syarat Yang Ketat

Terbaharu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpendapat hukuman rotan di sekolah wajar dikembalikan dengan syarat ketat dalam menangani masalah disiplin pelajar.

Jelas beliau, ramai pendidik dan ibu bapa merasakan hukuman rotan mempunyai keperluan dan ia ditugaskan kepada guru tertentu selain dilaksanakan dalam bilik khas seperti bilik disiplin dengan jumlah rotan yang dikenakan.

“Saya pernah menjadi guru dan saya ingat puluhan anak-anak (murid) saya dah rotan tetapi di tangan.

“Tapi ada juga pandangan umpamanya daripada kumpulan hak asasi yang berasakan ini termasuk dalam kategori penderaan anak-anak. Jadi saya faham kontroversi itu,” katanya.

Anwar berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen (MP) Jelutong, RSN Rayer mengenai cadangan guru diberikan budi bicara untuk melaksanakan hukuman rotan terhadap pelajar dalam menangani isu disiplin.

Ingatkan Ibu Bapa Agar Tidak Perlu Bimbang

Pada masa yang sama, Anwar yang pernah menjawat jawatan Menteri Pendidikan pada tahun 1986 turut mengingatkan ibu bapa agar tidak perlu risau dan bimbang tentang perkara berkenaan.

“Kerana kenakalan anak-anak ni satu perkara yang biasa. Tapi apabila dia langgar peraturan yang agak berlebihan, tentunya harus ada hukuman. Tapi ini sekadar pandangan, bukan dasar kerajaan.

“Saya percaya (perkara ini) harus dipertimbangkan, diperhalusi dan dilakukan libat urus dengan semua pihak yang akan dikendalikan oleh Menteri Pendidikan (Fadhlina Sidek) sebelum kita muktamadkan.

“Saya hanya beri pandangan peribadi kerana saya fikir bukanlah dia (hukuman rotan) masuk kategori penderaan,” jelasnya.

Kerajaan Setuju Letak Polis Di Sekolah

Dalam satu lagi laporan berbeza, Anwar menjelaskan kerajaan turut bersetuju untuk meletak polis di sekolah bagi menjamin keselamatan pelajar sebagai langkah menangani masalah buli, penderaan dan jenayah yang semakin berleluasa.

“Bagaimanapun, kita akan memberikan panduan supaya polis memantau dan tidak menimbulkan keresahan kepada anak-anak.

“Kerajaan juga bersetuju untuk menubuhkan Majlis Pendidikan Negara bagi memperbaiki kelemahan dalam sistem pendidikan negara dan menyelaras pandangan semua pihak berkepentingan,” jelasnya.

Beliau menjelaskan perkara tersebut ketika menjawab pertanyaan dari MP Indera Mahkota, Datuk Seri Saifuddin Abdullah mengenai langkah kerajaan dalam meningkatkan usaha sekolah dan mengukuhkan kerjasama antara pihak sekolah, ibu bapa serta komuniti setempat berhubung isu keselamatan dan kesejahteraan murid.

Kerajaan Setuju Pasang CCTV Di Sekolah Terpilih, Kaunselor Ditambah

Malah, kerajaan turut bersetuju untuk memperuntukkan RM5 juta bagi pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di beberapa sekolah terpilih.

“Kaunseling juga akan ditambah walaupun ia tidak seperti kaunselor yang terlatih, berkelayakan dan bertauliah, itu juga sedang dipertimbangkan.

“Selain itu, pengambilan pembantu warden asrama, termasuk veteran tentera akan dibuat secara lebih kemas,” terangnya.

Pada masa yang sama, Anwar turut bersetuju dengan cadangan Saifuddin untuk menubuhkan jawatankuasa keselamatan dan kesejahteraan murid dengan lebih berstruktur.

Pertimbang Tapis Pengawal Keselamatan, Pekerja Kantin & Petugas Kebersihan

Terang Anwar lagi, kerajaan juga akan mempertimbangkan cadangan tapisan bagi pengambilan pengawal keselamatan, pekerja kantin dan petugas kebersihan selain memastikan mereka mempunyai sijil kelayakan khas.

“Ini cadangan baru. Kalau pun tidak ada sijil, tetapi ada pendedahan tentang tanggungjawab mereka, kerana ada kes, di mana warden atau penjaga juga terbabit dalam kes jenayah, termasuk jenayah seksual,” ujarnya.

Baca Artikel Berkaitan: Tular Ibu Dedah Anak Sering Jadi Mangsa Buli Di Sekolah, Tangan Diconteng ‘Kau B*bi’

Baca Artikel Berkaitan: Mahu Perkasakan Disiplin Pelajar MRSM, MARA Lantik Bekas Tentera & Polis Jadi Warden

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.