2 Beranak Dibunuh: Henti Buat Spekulasi & Sebar Maklumat Tidak Sahih – KP Pulau Pinang
Terdahulu, media melaporkan mayat wanita dan anak perempuannya ditemukan pada Sabtu lalu dalam keadaan menyayat hati di sebuah rumah di Kampung Sekolah Juru dipercaya menjadi mangsa pembunuhan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Polis menasihati orang ramai agar berhenti membuat spekulasi dan menyebarkan maklumat tidak sahih mengenai motif pembunuhan dua beranak di Kampung Sekolah Juru, Pulau Pinang yang berlaku pada Sabtu lalu (18 Oktober) terutama melibatkan hubungan cinta tiga segi.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail berkata, pihaknya masih meneruskan siasatan bagi mengenal pasti identiti si pelaku sebenar termasuk punca utama pembunuhan tersebut.
“Siasatan sedang dijalankan bagi merungkai motif sebenar kejadian berlaku. Saya minta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebar maklumat tidak sahih yang boleh mengganggu siasatan,” katanya dipetik Kosmo.
Tiga individu termasuk suami mangsa ditahan reman
Sebelum ini, polis telah menahan reman suami mangsa yang berusia 57 tahun selama seminggu hingga 25 Oktober bagi membantu siasatan.
Selain suami wanita terbabit, dua lagi lelaki turut ditahan bagi siasatan berhubung kes pembunuhan dua beranak itu.
Azizee berkata, kedua-dua lelaki berusia 40-an termasuk seorang warga asing telah ditahan secara berasingan semalam (20 Oktober).
“Polis akan membawa kedua-duanya ke mahkamah esok (hari ini) untuk proses reman dan kita percaya mereka dapat membantu siasatan kes berkenaan,” katanya.
Menurutnya, polis juga sedang mengenal pasti sama ada terdapat individu lain yang terlibat dalam kes pembunuhan dua beranak terbabit.
Mayat dua beranak ditemui dalam keadaan menyayat hati
Terdahulu, media melaporkan mayat wanita dan anak perempuannya ditemukan pada Sabtu lalu dalam keadaan menyayat hati di sebuah rumah di Kampung Sekolah Juru dipercaya menjadi mangsa pembunuhan.
Difahamkan, mayat wanita berusia 51 tahun yang merupakan peniaga kuih dan anaknya berusia 11 tahun ditemukan suaminya yang pulang ke rumah kira-kira jam 7.30 malam pada hari kejadian.
Kes kemudiannya disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.



