Pakar Dedah Ideologi ‘Red Pill’ Buatkan Kanak-Kanak Lelaki Bersifat Agresif
Namun pakar juga menerangkan bahawa punca tingkah laku agresif ini bukan disebabkan oleh media sosial semata-mata, tetapi gabungan pelbagai faktor.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu
Sejak kebelakangan ini, masyarakat telah digemparkan dengan beberapa kes jenayah membabitkan pelajar sekolah.
Kejadian ini menimbulkan persoalan dalam kalangan orang ramai tentang apakah yang menyebabkan mereka bertindak sedemikian rupa.
Ada yang berpendapat bahawa keadaan ini berlaku akibat penggunaan media sosial dan pendedahan kepada kandungan kurang bersesuaian tanpa kawalan.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pakar Psikologi Jelaskan Kenapa Ramai Remaja Masa Kini Gagal Kawal Emosi
Pakar Dedah Ideologi ‘Red Pill’ Buatkan Kanak-Kanak Lelaki Bersifat Agresif
Sehubungan itu, pakar kriminologi mendedahkan bahawa tingkah laku keganasan oleh kanak-kanak lelaki di Malaysia adalah disebabkan oleh ideologi tertentu.
Menurut pakar kriminologi R Paneir Selvam, ideologi seperti ‘red pill’ dan ‘alpha male’ mempromosikan kekuasaan dan kawalan terhadap wanita, serta penyekatan emosi dalam kalangan kanak-kanak lelaki.
Kebiasaannya ideologi yang dikatakan itu disebarkan oleh para pembenci wanita (misogynist) seperti Andrew Tate.
“Kanak-kanak lelaki terutamanya mereka yang berasa tidak yakin atau berkuasa, mungkin mengambil sudut pandangan ini dan menirunya dalam dunia sebenar.
“Para guru melaporkan kanak-kanak lelaki mengulangi idea ini di sekolah, menjadikan kurang rasa hormat terhadap kanak-kanak perempuan,” kata Paneir.

Kesihatan Mental Kanak-Kanak Untuk Elak Lakukan Keganasan
Menurut laporan Sinar Daily, pakar-pakar berkata setiap kes keganasan adalah unik dan jarang disebabkan oleh satu faktor sahaja.
Oleh yang demikian, perubahan secara menyeluruh adalah diperlukan yang merangkumi sekolah, ibu bapa dan komuniti.
Tambah Paneir lagi, pengabaian terhadap kesihatan mental juga merupakan satu isu penting dalam hal ini.
Para pelajar sekolah kerap berdepan stres, trauma atau buli, namun tidak diberi akses sokongan kesihatan mental yang secukupnya.
Normalisasi Keganasan Di Media Sosial Boleh Ditiru Oleh Kanak-Kanak
Di samping itu, Paneir berkata sosial media turut memainkan peranan apabila menormalisasikan keganasan.
“Video viral pergaduhan atau tingkah laku agresif boleh membuatkan keganasan kelihatan boleh diterima malah mungkin mengagumkan.
“Ganjaran kepada tingkah laku keganasan menerusi jumlah tontonan dan tanda suka menggalakkan yang lain untuk menirunya bagi mendapatkan ‘clout’,” katanya.
Dalam pada itu, pakar tersebut meminta agar kandungan dalam talian yang bersifat toksik dikawal.
Dari sudut kerangka instituti pendidikan, dia turut meminta agar kebijaksanaan emosi (EQ) dan hormat sesama jantina dimasukkan ke dalam pengajaran serta melatih guru dan ibu ayah untuk mengenal pasti tanda awal tekanan.
Bukan Penggunaan Media Sosial Semata-Mata Penyebab Keganasan
Dalam masa sama, pakar psikologi dan kriminologi Dr Geshina Ayu Mat Saat memberi amaran terhadap tindakan menyalahkan media sosial semata-mata.
“Media sosial merupakan satu alat dan bukan semua yang menggunakannya menjadi ganas.
“Persekitaran keluarga rapat, kejiranan dan sekolah juga memainkan peranan bersama-sama yang menyebabkan keganasan berlaku,” jelasnya.
Dia turut menegaskan bahawa penglibatan ibu ayah penting serta mendedahkan bahawa ramai gagal hadir ke mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sendiri.
Tambah Dr Geshina, menangani keganasan di sekolah memerlukan pemahaman dari segi jiwa (psyche) pro-jenayah, yakni faktor-faktor kognitif, emosi dan tingkah laku yang membentuk pelaku.

Sub Budaya Manospehere Bawa Ideologi Bahaya Buat Kaum Wanita
Red pill dan alpha male merupakan hanya sebahagian kecil terma dalam ideologi sub budaya manosphere, iaitu komuniti dalam talian yang mempromosikan pandangan radikal bersifat membenci wanita (misogynistic).
Mereka kebiasaannya memegang kepada idea bahawa wanita memanipulasi lelaki dan hanya sebahagian kecil lelaki yang dapat menarik perhatian mereka.
Ini dipaparkan menerusi penggunaan emoji ‘100’ (💯) yang merujuk kepada ‘peraturan 80/20’ iaitu 80% wanita tertarik kepada hanya 20% lelaki.
Red pill pula merupakan simbol bagi ‘kebenaran’ yang mengajak golongan lelaki agar bertindak segera sebagai sebahagian daripada manosphere.
Ideologi sedemikian juga mempunyai kaitan dengan sub budaya incel (involuntary celibate), golongan lelaki yang merasakan mereka tidak mampu menarik perhatian wanita.
Mereka mempercayai bahawa gabungan genetik yang buruk dan ideologi fenimism membuatkan mereka tidak diingini oleh wanita.
Buat pengikut ideologi sedemikian, mereka menganggap perempuan atau wanita yang menolak luahan hati mereka layak diserang, malah dibunuh.
Untuk info, bahaya sub budaya manosphere ini juga telah menjadi isu yang diangkat menerusi siri terhad Adolescence di Netflix.

Baca Artikel Berkaitan: [Review] Siri Adolescence Jadi Tamparan Hebat Buat Ibu Ayah, Tonjolkan Bahaya Sub Budaya ‘Manosphere’
