Lagi Kes Rogol Berkumpulan Di Sekolah, 3 Pelajar & Bekas Pelajar Ditahan Polis
Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Baling, hasil soal siasat dijalankan mendapati empat suspek terlibat menyimpan dan menyebarkan bahan lucah yang tular di media sosial itu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Kemelut yang melanda institusi pendidikan di Malaysia dilihat terus mencuri perhatian orang ramai.
Belum reda lagi kes rogol bergilir-gilir membabitkan pelajar sekolah menengah di Melaka dan kes kematian seorang pelajar perempuan di Bandar Utama, kini tular pula berita tiga pelajar sekolah di Baling, Kedah dan seorang bekas pelajar di sekolah sama disyaki terlibat dalam rogol berkumpulan dan menyebarkan bahan lucah di media sosial.
Pemangku Ketua Polis Daerah Baling, Deputi Superintendan Ahmad Salim Md Ali berkata, polis menerima laporan daripada pengadu berusia 53 tahun pada pada jam 8.11 malam Ahad lalu (12 Oktober) selepas dimaklumkan oleh guru disiplin berhubung penularan rakaman anaknya berbogel.
Video anak berbogel tular, bapa terus buat laporan polis
Menurutnya, laporan polis dibuat pengadu setelah menerima maklumat dari guru disiplin terbabit pada jam 11 pagi hari yang sama.
“Pada jam lebih kurang 9.30 malam, tiga pelajar dan seorang bekas pelajar telah ditahan bagi membantu siasatan.
“Sepanjang siasatan, polis telah merampas enam buah telefon bimbit,” katanya dipetik Sinar Harian.
4 suspek terlibat simpan dan sebar bahan lucah
Menurutnya, hasil soal siasat dijalankan mendapati empat suspek terlibat menyimpan dan menyebarkan bahan lucah yang tular di media sosial itu.
“Siasatan lanjut mendapati empat suspek itu juga telah melakukan hubungan seks termasuk secara berkumpulan pada bulan Mei hingga Ogos 2025 di beberapa lokasi termasuk dalam kelas di sekolah terbabit,” katanya.
Berkongsi lanjut, Ahmad Salim berkata permohonan reman ke atas empat suspek telah dibenarkan selama hari hari bermula tarikh ditangkap.
Baca Artikel Berkaitan: 4 Pelajar Senior Di Melaka Terlibat Kes Rogol Tetap Duduki SPM – Fadhlina
Baca Artikel Berkaitan: Pelajar Perempuan Tingkatan 4 Maut Ditikam Pelajar Lelaki Tingkatan 2 Di Sekolah Di Bandar Utama



