fbpx
Now Reading
Kenderaan Berat Bawa Lebih Muatan Boleh Dilucut Hak & Batal Lesen – JPJ

Kenderaan Berat Bawa Lebih Muatan Boleh Dilucut Hak & Batal Lesen – JPJ

Ketua Pengarah JPJ berkata, langkah itu akan dilaksanakan bersama APAD menerusi penyaluran maklumat berkaitan kesalahan dilakukan kenderaan berat itu sehingga kes dibawa kepada mahkamah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Pengendali kenderaan perdagangan akan dikenakan tindakan tegas termasuk pelucutan hak dan pembatalan lesen sekiranya masih berdegil membawa lebih muatan di atas jalan raya.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, pihaknya telah melaksanakan satu operasi khas selama tiga bulan bermula semalam (14 Oktober) sehingga 31 Disember ini untuk memastikan kenderaan-kenderaan perdagangan mematuhi had muatan.

“Saya mengingatkan pengendali kenderaan perdagangan di seluruh negara bahawa JPJ akan cari, periksa kesemua kenderaan perdagangan yang berada di jalan raya, keluarkan notis untuk timbang,” katanya dipetik Kosmo.

Tegas beliau lagi, jika melebihi berat muatan, JPJ akan mengambil tindakan sama ada:

  • Kompaun
  • Saman
  • Kes ke mahkamah hingga lucut hak dan pembatalan lesen pengendali syarikat tersebut

JPJ dan APAD bekerjasama, kes akan dibawa kepada mahkamah

Menurutnya, langkah itu akan dilaksanakan bersama Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) menerusi penyaluran maklumat berkaitan kesalahan dilakukan kenderaan berat itu sehingga kes dibawa kepada mahkamah.

Ops khas itu turut dilaksanakan ke atas semua kenderaan perdagangan lain termasuk bas persiaran dan ekspress.

“Kita mulakan hari ini (malam tadi) selepas beberapa jam diarahkan Menteri Pengangkutan (Anthony Loke Siew Fook),” katanya.

3 kenderaan disita kerana tiada insurans dan cukai jalan

Dalam operasi bermula pada pukul 8 malam tadi (14 Oktober), sebanyak 278 buah kenderaan diperiksa dan tiga kenderaan masing-masing sebuah lori dan dua buah kereta disita kerana tiada perlindungan insurans dan cukai jalan.

“Sebanyak 25 kenderaan diperiksa dan dikenakan notis larangan penggunaan kenderaan, manakala 23 kenderaan didapati tiada peranti had laju,” katanya.

Baca Artikel Berkaitan: “Boleh Kena Kereta & Motor” – Tular Lori PBT Didakwa Bawa Muatan Tanah Tak Bertutup [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.