Wartawan Palestin Popular Di Media Sosial, Saleh Aljafarawi Maut Ditembak Di Gaza [Video]
Wartawan Palestin berusia 28 tahun itu Syahid ketika gencatan senjata di Gaza memasuki hari ketiga, menjelang pertukaran tebusan dan tahanan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Wartawan muda Palestin, Saleh Aljafarawi dilaporkan terbunuh semalam (12 Oktober) ketika pertempuran di Bandar Gaza hanya beberapa hari selepas Israel dan pejuang Hamas mencapai persetujuan gencatan senjata di wilayah itu.
Menurut Al Jazeera Arabic yang memetik sumber Palestin, pemuda berusia 28 tahun itu yang terkenal dengan video-video kemaskininya mengenai perkembangan peperangan di bumi Palestin telah ditembak mati ketika membuat liputan pertempuran di Sabra.
Rakaman disiarkan tunjuk mayat Saleh pakai jaket kalis peluru
Agensi Sanad Al Jazeera mengesahkan rakaman yang disiarkan oleh wartawan dan aktivis menujukkan mayat Saleh yang memakai jaket kalis perluru dengan tanda ‘PRESS’ di atas sebuah kenderaan yang kelihatan seperti belakang sebuah trak.
Journalists bid farewell to their colleague Saleh Al-Jafarawi, who was assassinated while doing his duty by Israeli-backed gangs. pic.twitter.com/xqk2womvOT
— PALESTINE ONLINE 🇵🇸 (@OnlinePalEng) October 12, 2025
Difahamkan, Saleh sebelum ini dilaporkan hilang sejak pagi Ahad lalu.
Pihak berkuasa tempatan sering memberi amaran bahawa keadaan di Gaza masih lagi belum selamat sepenuhnya meskipun gencatan senjata pada baru-baru ini telah dikuatkuasakan.
Saleh akui terima banyak ugutan dari Israel
Pada Januari lalu, sebelum bermulanya gencatan senjata sementara, Saleh pernah bercerita kepada Al Jazeera mengenai pengalamannya dipindahkan dari utara Gaza.
“Semua babak dan situasi yang saya lalui selama 467 hari ini tidak akan terpadam dari ingatan saya. Semua situasi yang kami hadapi, kami tidak akan dapat melupakannya,” katanya sambil menambah bahawa beliau menerima banyak ugutan dari Israel kerana kerjanya.
“Secara jujur, saya hidup dalam ketakutan setiap saat terutama selepas mendengar apa yang dikatakan oleh pihak penjajah Israel tentang saya. Saya menjalani kehidupan dari saat ke saat, tidak tahu apa yang akan dibawa oleh saat berikutnya,” katanya.
Kata-kata itu kini menjadi antara pesanan terakhirnya kepada dunia tentang harga yang perlu dibayar oleh wartawan di medan perang.
Sepanjang konflik di antara Israel dan Hamas sejak Oktober 2023 lalu, lebih 270 petugas media dilaporkan terbunuh di Gaza.
Dan terbaharu kematian Saleh yang berlaku ketika gencatan senjata semasa di Gaza bertahan untuk hari ketiga, menjelang pertukaran tebusan dan tahanan.
Lebih mendukacitakan, kematian beliau beberapa hari selepas memuat naik video memperlihatkan beberapa rakan wartawan dan pasukan perubatan bersorak gembira dengan pengumuman gencatan senjata.
@_saleh_aljafarawi97 #saleh_aljafarawi #indonesia🇮🇩 #malysia #etasunis🇺🇸 #france🇫🇷 ♬ son original – Saleh Aljafarawi
@_saleh_aljafarawi97 #saleh_aljafarawi #صالح_الجعفراوي #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #foryou ♬ son original – Saleh Aljafarawi
Saleh terbunuh semasa pejuang kepung rumah ketua pengkhianat?
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri menerusi satu hantaran Threads mendakwa Saleh terbunuh ketika membuang liputan semasa pejuang mengepung rumah ketua militia Gaza, Yasser Abu Shahab.
Yasser dilabel pengkhianat upahan Zionis oleh kumpulan pejuang selepas dia mengakui bekerjasama dengan tentera Israel untuk memerangi Hamas.
Yaseer dan kumpulannya dikatakan tersimpang daripada perjuangan dan telah kehilangan identiti sebagai rakyat Palestin.
Dakwa Nadir lagi, pihak yang bertanggungjawab membunuh Saleh adalah dari kumpulan Yasser.
View on Threads
Untuk info, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dijadualkan berkumpul dengan pemimpin dunia lain hari ini (13 Oktober) di bandar peranginan Laut Merah di Mesir iaitu Sharm el-Sheikh, untuk sidang kemuncak Gaza yang dihoskan bersama oleh Presiden Mesir, Abdel Fattah el-Sisi.