fbpx
Now Reading
Pengawal Keselamatan & Teman Lelaki Ditahan, Disyaki Cabul Pelajar Tahun 3 Dalam Tandas Sekolah

Pengawal Keselamatan & Teman Lelaki Ditahan, Disyaki Cabul Pelajar Tahun 3 Dalam Tandas Sekolah

Menurut Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad, wanita yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dan kekasihnya ditahan reman selama tujuh hari bermula 8 hingga 14 Oktober.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu

Umum mengetahui isu membabitkan kanak-kanak di bawah 18 tahun berhubung kes seperti rogol dan cabul sering dilaporkan.

Perkara ini secara tidak langsung amat membimbangkan ibu bapa kerana takut hal tidak diingini berlaku kepada anak mereka.

Oleh itu, setiap individu perlu cakna yang kanak-kanak haruslah dilindungi dan tidak didedahkan kepada sebarang jenis jenayah kerana ia mungkin boleh memberikan trauma dan sebagainya.

Polis tahan pengawal keselamatan dan kekasih disyaki cabul pelajar tahun 3

Terbaharu, polis telah bertindak menahan seorang wanita yang bekerja sebagai pengawal keselamatan termasuk kekasihnya selepas disyaki terlibat mencabul pelajar perempuan tahun tiga di sebuah tandas sekolah di Rembau, Negeri Sembilan pada 7 Oktober yang lalu.

Sebelum ini, pihak polis telah menerima laporan daripada ibu pelajar berkenaan yang mendakwa anaknya yang berusia sembilan tahun dirogol sewaktu ke tandas di sekolah terbabit.

Menurut Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad pengawal keselamatan tersebut dan teman lelakinya ditahan di sekitar daerah Rembau pada malam 7 Oktober ekoran laporan yang dilakukan.

“Lebih kurang jam 8 malam Selasa (7 Oktober) lalu, laporan polis dibuat seorang wanita mendakwa anak perempuan yang belajar di sebuah sekolah kebangsaan di sini dirogol seorang lelaki.

“Kejadian berlaku ketika mangsa berada di dalam tandas sekolah itu jam 9.30 pagi ketika murid berkenaan pergi ke tandas untuk membuang air,” ujarnya, lapor Harian Metro.

Hasil pemeriksaan doktor tiada kejadian rogol disyaki cubaan rogol

Menurut Alzafny, pengawal keselamatan berkenaan berusia 22 tahun manakala teman lelakinya berumur 25 tahun.

“Susulan itu, mangsa dibawa ke Hospital Tunku Jaafar (HTJ) Seremban untuk pemeriksaan lanjut. Hasil pemeriksaan doktor mendapati tiada kejadian rogol berlaku dan disyaki cubaan rogol.”

Suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula 8-14 Oktober depan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

“Hasil siasatan mendapati tiada unsur rogol berlaku terhadap mangsa. Bagaimanapun, mangsa didapati dicabul ketika di dalam tandas sekolah,” jelasnya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.