fbpx
Now Reading
Belanjawan 2026: Ini Antara Peruntukan Kerajaan Kepada Rakyat Tahun Depan

Belanjawan 2026: Ini Antara Peruntukan Kerajaan Kepada Rakyat Tahun Depan

Menerusi Belanjawan 2026, Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan sebanyak RM15 bilion untuk SARA dan STR berbanding tahun lepas berjumlah RM13 bilion.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini (10 Oktober) telah membentangkan Belanjawan 2026.

Menerusi pembentangan tersebut, Anwar berkata Belanjawan 2026 menetapkan sembilan tekad utama berpaksikan tiga tonggak ekonomi Madani dengan meliputi jumlah RM470 bilion berbanding RM452 bilion tahun lalu.

Jumlah tersebut meliputi:

  • RM33.2 bilion belanja mengurus (OE) Persekutuan
  • RM81 bilion belanja pembangunan (DE) Persekutuan
  • RM30 bilion pelaburan GLIC
  • RM10 bilion pelaburan awam-swasta
  • RM10.8 pelaburan Badan Berkanun Persekutuan dan Syarikat MKD

Bagaimanapun, apa yang mencuri tumpuan adalah bajet untuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) meningkat menjadi RM15 bilion berbanding jumlah tahun lepas, RM13 bilion.

#1 STR Fasa 4 2025 disalurkan 18 Oktober, diskaun tol 50% untuk 2 hari

Sempena perayaan Deepavali, bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 2025 yang dijualkan untuk bulan November dan bernilai RM2 bilion diawalkan serta disalurkan mulai 18 Oktober.

Kerajaan juga bersetuju meluluskan diskaun tol 50% untuk dua hari sempena hari perayaan Deepavali.

#2 STR dan SARA 2026

Bagi tahun 2026, semua 9 juta penerima STR turut menerima Sumbangan Asar Rahmah (SARA) sehingga RM100 setiap bulan atau RM1,200 setahun.

Manakala 1 juta penerima STR di bawah e-Kasih menerima SARA sehingga RM200 ringgit sebulan atau RM2,400 setahun.

Kategori bujang pula menerima RM600 iaitu RM50 sebulan melalui SARA.

“Kadar maksimum diterima isi rumah ialah RM4,600 iaitu pendapatan bawah RM2,500 sebulan dengan lima anak menerima STR RM2,200 dan SARA RM2,400,” katanya Anwar.

#3 Setiap rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas terima RM100 Penghargaan SARA tahun depan

Kerajaan sekali lagi akan memberi RM100 ringgit Penghargaan SARA kepada 22 juta rakyat Malaysia 18 tahun ke atas.

Bantuan ini akan disalurkan pada pertengahan Februari 2026 bagi membolehkan ia dimanfaatkan untuk persiapan Ramadan dan sambutan Tahun Baru Cina.

“31 Ogos lalu, semua rakyat 18 tahun ke atas mendapat 100 ringgit Penghargaan SARA. Lebih 70 % telah dibelanjakan dan sepertimana janji, baki SARA yang tidak dibelanjakan menjelang Disember akan diagih semula untuk program rakyat susah,” katanya.

#4 Program Payung RAHMAH

RM1 bilion turut disediakan bagi menangani kos sara hidup termasuk RM600 juta khusus untuk memperbanyak program Payung RAHMAH di semua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh negara.

Menurut Anwar, jualan RAHMAH memberi manfaat besar untuk rakyat membeli barangan asas pada harga lebih murah.

“Khusus untuk rakyat di pedesaan dan pedalaman Sabah Sarawak, RM250 juta disediakan bagi menanggung kos pengedaran barang asas ke kawasan seperti Taradas, Kudat dan Kawayoi, Kinabatangan, Sabah serta Entaroh, Kapit dan Nanga, Segeris, Sibu, Sarawak,” ujarnya.

Selain daripada bantuan-bantuan di atas, kerajaan turut memperuntukan pelbagai bantuan serta peruntukan seperti di bawah:

Pelepasan cukai RM1000 untuk rakyat Malaysia melancong dalam negara

Peruntukan kebajikan warga emas meningkat kepada RM1.2 bilion

Kerajaan tanggung lesen B2 belia kurang mampu

Pelepasan cukai individu berpendapatan RM3,000 ke atas diperluas untuk pusat jagaan

Tiada cukai untuk kenderaan bawah RM300 di Langkawi dan Labuan

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.