fbpx
Now Reading
Tulisan Hebrew Pada Kenderaan 4×4, Polis Dedah Pesara Tempah Pelekat 13 Tahun Lalu

Tulisan Hebrew Pada Kenderaan 4×4, Polis Dedah Pesara Tempah Pelekat 13 Tahun Lalu

Menurut Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar, pemilik kenderaan pacuan empat roda itu memaklumkan pelekat tulisan Hebrew itu ditempah sejak 13 tahun lalu di sebuah kedai di Selangor.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sebelum ini tular satu video di TikTok menunjukkan sebuah kenderaan pacuan empat roda yang mempunyai pelekat tertera tulisan dalam bahasa Hebrew.

Menerusi siasatan awal pihak polis mendapati tulisan pada kereta 4×4 tersebut membawa maksud ‘Malaysia adalah rumah kita atau Malaysia di tangan kami’.

Selain itu, pihak polis turut mendedahkan kenderaan pacuan empat roda itu didaftarkan oleh seorang lelaki yang beralamat di Gemencheh, Negeri Sembilan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 322 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Tular Tampal Tulisan Hebrew, Polis Dedah Kenderaan Milik Lelaki Di Gemencheh

BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Nak Provoke Ke Ni?” – Tular Kereta Plat Melaka Tampal Tulisan Hebrew Undang Perhatian [Video]

Kenderaan milik pesara kerajaan, pelakat dipamerkan di tempah 13 tahun lalu

Terbaharu, polis Melaka memaklumkan sudah merakam percakapan pemilik kenderaan berkenaan yang merupakan seorang pesara kerajaan.

Jelas Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar menerusi siasatan yang dilakukan pemilik lelaki yang berusia 59 tahun tersebut mengakui pelakat yang dipamerkan pada belakang kenderaan pacuan empat roda tersebut telah ditempah di sebuah kedai di Selangor pada 13 tahun yang lalu.

Ujarnya, pemilik menggunakan bahasa tersebut kerana mempunyai minat kepada pelbagai tulisan asing dan ia termasuklah Greek serta Rusia.

“Dia pernah terlihat satu tulisan dalam bahasa Hebrew yang membawa maksud ‘Israel Betainu’, iaitu ‘Israel Rumahku’.

“Kemudian, dia mengolah tulisan itu dengan menukarkan ‘Israel’ kepada ‘Malaysia’, menjadi ‘Malizi Beiteinu’, yang bermaksud ‘Malaysia Rumahku,” ujar Dzulkhairi, lapor Sinar Harian.

Siasatan masih diteruskan dan akan dapatkan pandangan pakar bahasa untuk pastikan tiada unsur mencurigakan

Menurut Dzulkhairi lagi, meskipun kenyataan daripada pemilik itu sudah dirakamkan, siasatan tetap diteruskan termasuklah dalam mendapatkan pandangan daripada pakar bahasa bagi memastikan tiada unsur lain yang mencurigakan.

Pemilik yang sudah bersara empat tahun yang lalu juga turut membuat laporan polis selepas kenderaan tersebut menjadi tular.

Perkara itu disedari oleh adiknya yang selalu menggunakan kenderaan 4×4 terbabit.

Dalam masa sama beliau turut meminta orang ramai untuk tidak membuat sebarang provakasi mahupun ulasan yang melampau mengenai isu itu.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.