fbpx
Now Reading
Tular Kenderaan Rosak Teruk Di Parkir KTM Ipoh, Pemandu Van Akhirnya Serah Diri [Video]

Tular Kenderaan Rosak Teruk Di Parkir KTM Ipoh, Pemandu Van Akhirnya Serah Diri [Video]

Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, pihaknya berjaya mengesan pemandu van terbabit hasil maklumat daripada orang awam.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Pada Ahad (5 Oktober) lalu, tular di media sosial video beberapa buah kenderaan mengalami kerosakan sewaktu diletakkan di kawasan parkir Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTM) Ipoh.

Menerusi video berkenaan, dapat dilihat beberapa kenderaan antaranya seperti Toyota Vios, Honda City, Proton X50, Proton Saga dan Perodua Axia mengalami kerosakan dan remuk pada bahagian belakang kenderaan.

Malah, lebih teruk ada bumper belakang yang tercabut dipercayai akibat dilanggar dari belakang.

Insiden itu nyata mendapat perhatian pengguna media sosial hingga ramai tertanya-tanya siapakah si pelaku dan mahu pihak berkuasa menjalankan siasatan antaranya seperti melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran.

Pemandu Van Serah Diri Di Balai Polis

Namun, segalanya terjawab apabila seorang lelaki tampil menyerah diri di Pejabat Polis Trafik Ipoh semalam (7 Oktober).

Memetik Sinar Harian, lelaki yang berusia 48 tahun itu telah hadir bagi membantu siasatan berhubung kejadian yang berlaku kira-kira jam 2.55 pagi.

Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, dalam satu kenyataan, pihaknya berjaya mengesan pemandu van terbabit hasil maklumat daripada orang awam.

Van gagal dikawal sewaktu masuk simpang – Polis

Jelasnya, insiden berpunca apabila van yang dipandu lelaki berkenaan gagal dikawal sewaktu membelok masuk ke simpang.

“Keadaan itu mengakibatkan van terbabit hilang kawalan sebelum merempuh enam kenderaan yang diletakkan di kawasan parkir.

“Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut,” katanya.

Hasil Ujian Saringan Air Kencing Negatif Dadah

Terang Abang Zainal lagi, hasil ujian saringan air kencing terhadap lelaki berkenaan mendapati dia bebas daripada pengaruh dadah.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara cuai dan membahayakan.

Pada masa yang sama, Abang Zainal menzahirkan penghargaannya kepada orang awam yang menyalurkan maklumat sehingga membantu pihak polis mengesan pemandu terbabit.

KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH IPOH BERKENAAN LAPORAN KES KEMALANGAN MENARIK MELIBATKAN SEBUAH VAN DAN ENAM BUAH KERETA DI KTM IPOH

Posted by Polis Daerah Ipoh on Tuesday 7 October 2025

Baca Artikel Berkaitan: Kereta Axia Dilanggar Lari Ketika Parkir Di R&R, Netizen Sempat Ambil Bukti Beri Info Pada Pemilik

Baca Artikel Berkaitan: “Sampai 4 Kereta Dia Sapu” – Persona Sondol 4 Buah Kenderaan Yang Diparkir Tepi Jalan Jadi Perhatian [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.