“Sebagai Muslim, Saya Akur” – Isu Terlibat ‘Champagne Shower’, CEO Petronas Mohon Maaf
Terdahulu, kecoh di media sosial video yang memaparkan CEO Petronas, Tengku Muhammad Taufik terlibat dalam ‘Champagne Shower’ (semburan arak) ketika di atas podium F1 GP Singapura pada 5 Oktober lalu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Semalam (7 Oktober), Ketua Pegawai Kumpulan Petroliam Nasional Bhd (Petronas), Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz tampil memohon maaf susulan insiden ketika sambutan kemenangan di Formula One (F1) Grand Prix Singapura baru-baru ini.
Tengku Muhammad Taufik menerusi satu kenyataan berkata, kemenangan itu merupakan pencapaian yang sangat dinanti-nantikan dalam kerjasama strategik yang terjalin dengan pasukan Mercedes-AMG Petronas F1 pada musim ini.
Menurutnya, beliau berbesar hati apabila diberikan penghormatan untuk mewakili pasukan bagi menerima trofi kemenangan.
Tengku Muhammad Taufik akur tak sepatutnya terlibat dengan sambutan itu
Pun begitu, beliau berkata keterujaan spontan dirinya ketika meraikan detik berkenaan mungkin dianggap tidak bersesuaian dengan tempatnya.
“Ingin saya jelaskan bahawa saya tidak mengambil sebarang minuman keras, namun sebagai seorang Muslim, saya akur bahawa saya seharusnya tidak terlibat dalam sebarang bentuk sambutan sedemikian.
“Oleh itu, saya ingin memohon maaf atas perbuatan saya yang secara tidak sengaja telah menyinggu perasaan dan saya mengambil sepenuh tanggungjawab di atas segala tindakan saya,” katanya.
Rakam penghargaan kepada orang ramai atas sokongan berterusan
Pada masa sama, beliau mewakili pihak Petronas turut merakamkan penghargaan kepada orang ramai atas sokongan berterusan terhadap penglibatan syarikat minyak dan gas itu dalam perlumbaan F1.
“Berkat usaha gigih Petronas, kejayaan yang dikecapi sekarang dan kecemerlangan yang bakal dicapai di masa akan datang dalam era bahan api mampan mampu membuktikan kebolehan dan keunggulan inovasi ciptaan Malaysia,” katanya
Tular video CEO Petronas sertai Champagne Shower
Terdahulu, kecoh di media sosial video yang memaparkan CEO Petronas itu terlibat dalam ‘Champagne Shower’ (semburan arak) ketika di atas podium Grand Prix Singapura pada 5 Oktober lalu.
Insiden berlaku selepas George Russel yang mewakili Mercedes AMG Petronas F1 Team dan Tengku Taufik menerima trofi di atas podium.
Penularan video terbabit telah mendapat pelbagai reaksi di mana rata-rata mengkritik tindakan Tengku Muhammad Taufik.
CEO Petronas, Tengku Taufik on podium celeb the constructor winner#SingaporeGP pic.twitter.com/oVMPm1GPlZ
— 𝑮𝒊𝒖𝒔𝒆𝒑𝒑𝒆 (@joezaluchi) October 5, 2025