Tourism Malaysia Tak Terlibat Dalam Makan Malam Hidang Arak – Tiong King Sing
Terdahulu, Menteri Pelancongan Seni dan Budaya itu menegaskan bahawa Tourism Malaysia hanya bertanggungjawab menguruskan program Global Travel Meet selama dua hari setengah, bukan acara makan malam.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Menteri Pelancongan Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing menegaskan bahawa penganjuran majlis makan malam dalam program Global Travel Meet 2025 adalah melibatkan pihak swasta dan bukannya Tourism Malaysia.
Menurutnya, pada awalnya Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bersama Tourism Malaysia ingin meneraju acara itu, namun selepas itu ada pihak swasta yang mahu mengambil alih penganjurannya.
Jelas Tiong, pihak industri swasta tampil secara sukarela untuk mengambil alih penganjuran acara makan malam berkenaan.
Tiong setuju swasta terajui acara makan malam Global Travel Meet 2025
Ujar beliau, Ketua Pengarah Tourism Malaysia telah memaklumkan kepadanya mengenai perubahan itu dan mendapat persetujuan rasmi bagi membolehkan pihak swasta menerajui penganjuran acara.
“Sudah tentu saya bersetuju kerana ia membantu menjimatkan perbelanjaan kerajaan. Justeru, saya tidak nampak apa-apa yang salah dengan perkara ini.
“Apabila pemain industri menyatakan minat mereka untuk menganjurkan majlis makan malam gala, kami berkata, ‘Kami berbesar hati! Sila dan teruskan.’
“Jika mereka sanggup menanggung kos dan membantu mengurangkan beban kewangan kerajaan, mengapa pula kita tidak menyokongnya?” katanya dalam kenyataan semalam (5 Oktober) dipetik Sinar Harian.
Tourism Malaysia hanya bertanggungjawab urus program Global Travel Meet selama 2 hari – Tiong
Terdahulu, Tiong menegaskan bahawa Tourism Malaysia hanya bertanggungjawab menguruskan program Global Travel Meet selama dua hari setengah, bukan acara makan malam.
Dia yang membalas kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Masjid Tanah, Mas Ermieyati berkata, hasil daripada penglibatan aktif sektor swasta terbabit, pelbagai prospek antarabangsa dan tempatan mula membeli pakej pelancongan dalam jumlah besar dengan nilai transaksi perniagaan direkodkan mencecah RM420 juta.
“Seperti yang saya nyatakan semalam (Sabtu), pemain industri dan sektor swasta yakin bahawa mereka sebenarnya boleh mendapatkan tawaran perniagaan yang lebih besar semasa acara Global Travel Meet itu.
“Menyedari peluang yang tidak dijangka ini, mereka begitu teruja dan menawarkan diri secara sukarela untuk mengambil alih serta menganjurkan majlis makan malam gala itu sendiri,” ujarnya.
Penafian satu pembohongan – KJ
Pun begitu, bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (KJ) menyindir penafian Tiong dan menyifatkan ia sebagai satu pembohongan.
“Liar, liar, pants on fire,” tulisnya di IG Story secara sinis.
Dalam satu lagi hantaran, Khairy turut memuat naik satu jemputan rasmi bagi Majlis Gala Night Dinner dan Launch Ceremony Global Travel Meet 2025, yang menurutnya dianjurkan oleh Tourism Malaysia selaku agensi di bawah MOTAC.
Mas Ermieyati kemudiannya membalas semula penafian itu menerusi satu hantaran video di Facebook miliknya.
Beliau turut berkongsi surat jemputan sama yang menurutnya ditandatangani oleh Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Manoharan Periasamy.

Malah Ermieyati berkata, laman FB MOTAC ada menyebut yang makan malam tersebut adalah anjuran kementerian berkenaan di bawah Tourism Malaysia. Beliau turut berkongsikan tangkap layar hantaran tersebut di dalam video sama.
Sebelum ini, kecoh di media sosial video dan beberapa gambar yang memaparkan hidangan arak disajikan kepada para tetamu di dalam sebuah majlis yang didakwa dianjurkan oleh kerajaan.
Boleh kah menghidang arak dalam majlis anjuran Kementerian ataupun agensi dibawahnya?
— SokanMalaya™️ (@SokanMalaya07) October 4, 2025
Pekeliling keraian rasmi ini jelas menyatakan bahawa ‘hidangan minuman keras adalah tidak dibenarkan’. pic.twitter.com/RPfWOFMCU2
Mas Ermieyati, Akmal dan DUPP kritik majlis bersama arak
Selain Mas Ermieyati dan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Mohd Akmal Salleh, Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) turut mengecam penganjuran majlis berkenaan dan menyifatkan ia tidak sepatutnya berlaku kerana bertentangan dengan nilai budaya masyarakat Timur dan sensitiviti rakyat Malaysia berbilangan agama.
Bukan itu sahaja, DUPP turut menzahirkan rasa kesal dengan tindakan MOTAC menjalinkan kerjasama bersama Starbucks, jenama antarabangsa yang kini berdepan kempen boikot global selepas dikaitkan dengan sokongan terhadap rejim zionis Israel.



