fbpx
Now Reading
Ardell Aryana Dirawat Di Hospital, Nadzmi Dedah Alami Bahu Koyak

Ardell Aryana Dirawat Di Hospital, Nadzmi Dedah Alami Bahu Koyak

Difahamkan, Ardell Aryana menerima layanan kejam termasuk ditarik rambut dengan kasar, selain ditumbuk di bahagian muka oleh rejim zionis sehingga mengalami kecederaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu

Seramai 23 aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) warga Malaysia yang sebelum ini ditahan Israel telah bebas dan kini berada di Istanbul, Turkiye. Kesemua mereka bersama ratusan aktivis dan sukarelawan lain tiba di negara itu dengan menaiki pesawat khas.

Mereka ditahan sejak Khamis lalu (2 Oktober) selepas kapal yang dinaiki dalam misi menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza dipintas oleh tentera Israel semasa berada di perairan antarabangsa.

Apa yang mengejutkan, setibanya mereka di Istanbul, kebanyakan aktivis termasuk rakyat Malaysia berkongsi pengalaman pahit yang dilalui ketika ditahan sekali gus membuka mata dunia terhadap kekejaman dan layanan tidak berperikemanusiaan oleh rejim zionis itu.

Nadzmi maklumkan Ardell alami kecederaan koyak bahu

Terbaharu, pelakon Nadzmi Adhwa yang juga suami kepada salah seorang aktivis GSF, Ardell Aryanan memaklumkan bahawa isterinya mempunyai kesan koyak pada bahagian bahu.

Kecederaan itu dimaklumkan oleh Nadzmi menerusi hantaran di platform Threads semalam (5 Oktober).

“Ada lagi kecederaan juga dekat bahu Ardell, bahu dia koyak. Allahuakbar,” tulisnya.

View on Threads

Nadzmi akui geram isterinya dikasari hingga cedera

Nadzmi akui geram dan marah dengan tindakan pihak berkuasa Israel yang mengasari isterinya sehingga dia nyaris mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya.

Malah, dia turut berdoa agar individu yang mencederakan Ardell ditimpa musibah dahsyat oleh Allah SWT.

“Rasa nak marah, macam mana eh? Nak mencarut banyak ni tapi dosa. Habis hilang semua pahala. Ardell pun tak suka. Semoga yang memperlakukan isteri aku itu dia mati dalam keadaan paling teruk sekali,” tulisnya lagi.

Suami Ardell beri amaran jangan sebar spekulasi atau dakwaan tidak benar

Dia turut memberi amaran kepada pihak yang cuba menyebarkan spekulasi atau dakwaan tidak benar berhubung keadaan yang menimpa isterinya ketika ini.

“Ardell antara yang mencuri tumpuan pada misi kali ini sebab itu dia kena. Sebab views dia paling tinggi?

“Siapa cakap bukan-bukan pasal bini saya siap. Dunia sedang memerhati,” katanya.

Sebelum ini, Ardell atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin dimasukkan ke sebuah hospital di Istanbul bagi menerima rawatan susulan mengalami tekanan darah rendah dan kecederaan sewaktu dalam tahanan Israel.

Difahamkan, pelakon itu menerima layanan kejam termasuk ditarik rambut dengan kasar, selain ditumbuk di bahagian muka oleh rejim zionis sehingga mengalami kecederaan.

View on Threads

Pihak berkuasa Israel perlakukan aktivis GSF dengan kejam

Selain Ardell, seorang lagi aktivis GSF dari Malaysia yang dikenali sebagai Haikal turut dihantar ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.

Malah, PU Rahmat atau nama sebenarnya Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan juga mempunyai pengalaman hitam semasa ditahan apabila dipaksa membuka pakaian dengan tujuan untuk memalukan mereka.

Perkara itu dimaklumkan Peguam Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA), Fahmi Moin ketika dihubungi sebuah media tempatan.

Baca Artikel Berkaitan: Tular Menteri Keselamatan Israel Tuduh Peserta Global Sumud Flotilla Pengganas [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Israel Mula Perbicaraan Usir Peserta Sumud Flotilla Tanpa Notis Awal – Adalah

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.