fbpx
Now Reading
Tular Menteri Keselamatan Israel Tuduh Peserta Global Sumud Flotilla Pengganas [Video]

Tular Menteri Keselamatan Israel Tuduh Peserta Global Sumud Flotilla Pengganas [Video]

Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Nadir Al-Nuri berkata, menteri dikenali sebagai Ben Gvir itu berusaha keras bagi menampakkan peserta misi sumud flotilla seperti pengganas menerusi video yang dirakam.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Lebih 400 aktivis dan sukarelawan misi Global Sumud Flotilla (GSF) termasuk 23 rakyat Malaysia ketika ini berada di bawah tahanan tentera Israel selepas kapal-kapal dinaiki mereka yang membawa bantuan kemanusian menuju Gaza dipintas di zon merah perairan antarabangsa.

Hari ini (3 Oktober), tular pula di media sosial satu video yang memaparkan Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben Gvir mengatakan sesuatu di hadapan para tahanan yang dipercayai kini berada di Pelabuhan Ashdod.

Menerusi video yang dikongsikan di dalam akaun Instagram @khaledtabasha, meskipun tidak memahami apa yang diperkatakan Ben Gvir kerana dia bercakap di dalam Bahasa Hebrew (Ibrani), namun jelas kedengaran perkataan ‘terrorist’ (pengganas) sambil menujuk ke arah tahanan.

Ben Gvir ‘try hard’ nampakkan peserta GSF sebagai pengganas – Nadir Al-Nuri

Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman menerusi hantaran di akaun Facebook miliknya sebentar tadi berkata, Ben Gvir berusaha keras bagi menampakkan peserta misi kemanusiaan itu seperti pengganas menerusi video yang dirakam.

“Pertama sekali kita tak share (kongsi) video ni sebab percaya propaganda mereka tapi sebab kesian pengganas Ben Gvir ni ‘try hard’ betul nak bagi nampak peserta GSF pula macam pengganas.

Video terus dipotong sebaik laungan Free Palestine bergema

Lebih mencuri tumpuan, para aktivis flotilla dilihat langsung tidak gentar dengan kehadirannya bersama tentera rejim zionis, namun video tersebut dipotong dan diganti dengan footage lain sebaik laungan ‘Free Palestine’ bergema.

“Apabila peserta mula laung Free Free Palestine terus cut video.

“Kedua dia kata ada satu je kotak bantuan padahal team Sumud Nusantara yang beli, pek dan agih bantuan untuk dibawa dalam majoriti kapal dan kita dah tunjuk video di medsos kita,” katanya.

Dapat dilihat dalam video semangat peserta GSF masih lagi tinggi

Beliau yang turut berkongsi semula video terbabit dalam hantarannya itu berkata, dapat dilihat bahawa semangat peserta GSF masih lagi tinggi.

Malah, beliau percaya terdapat kelibat selebriti dan aktivis dari Malaysia iaitu Heliza Helmi dan adiknya Hazwani Helmi di dalam rakaman berkenaan.

“Saat 0.06 tu nampak macam Kakja, Ika (The Helmis) dan geng-geng kitalah dalam video tu.

“Semangat depa tinggi, masa ditangkap pun cukup gagah dan reda. Kakja dan Ika khususnya, dua peserta akhir yang Sumud Nusantara pilih untuk join flotilla sebab depa sanggup lari dari Madinah untuk join.

“Nanti saya cerita lagi kisah mereka. Sini jam 3am (pagi) dah,” katanya lagi.

Laman berita Palestin kongsikan terjemahannya

Laman berita Palestin, Quds News Network turut berkongsi video berkenaan dengan terjermahan dalam bahasa Inggeris.

Menerusi terjermahan pada video tersebut, Ben Gvir turut menuduh delegasi Sumud Flotilla membawa bahan kimia, bukannya bantuan untuk misi kemanusiaan.

Kapal-kapal GSF dipintas tentera Israel, para peserta termasuk dari Malaysia ditahan

Terdahulu, Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby mengesahkan kapal-kapal GSF telah dipintas oleh tentera Israel di perairan antarabangsa pada lewat malam kelmarin dan awal pagi semalam.

Laman Facebook Sumud Nusantara Official kemudiannya memuat naik satu persatu video-video mesej kecemasan oleh para peserta Malaysia sebagai tanda mereka telahpun ditahan oleh tentera rejim zionis itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengesahkan bahawa kesemua 23 aktivis serta sukarelawan Malaysia telahpun ditangkap.

Kementerian Luar Israel kemudiannya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di lama X mendakwa bahawa aktivis dan sukarelawan daripada GSF yang telah ditahan mereka itu akan dihantar pulang ke Eropah.

Baca Artikel Berkaitan: Israel Mula Perbicaraan Usir Peserta Sumud Flotilla Tanpa Notis Awal – Adalah

Baca Artikel Berkaitan: Israel Dakwa Akan Hantar Pulang Peserta Misi GSF Yang Ditahan Ke Eropah

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.