Tular Kereta Singapura Isi Minyak RON95 Awal Pagi, KPDN Jalankan Siasatan [Video]
Perbuatan lelaki yang mengisi minyak RON95 terhadap kereta bernombor pendaftaran Singapura itu dipercayai berlaku kira-kira jam 3.55 pagi pada 1 Oktober di Taman Sierra Perdana, Plentong, Johor.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu
Isu mengenai minyak petrol RON95 masih lagi hangat diperkatakan. Disaat majoriti rakyat Malaysia sudah layak mendapat subsidi di bawah program BUDI95, namun ada segelintir yang terlepas kerana ketiadaan lesen memandu.
Pun begitu, harga minyak RON95 tanpa subsidi masih lagi rendah berbanding minyak RON97.
Ia bagaimanapun hanya untuk kegunaan rakyat Malaysia atau warga asing yang memandu kenderaan berdaftar di Malaysia.
Ini bermakna kenderaan dari negara jiran seperti Singapura dan Thailand tidak dibenarkan mengisi RON95 sebaliknya hanya boleh menggunakan RON97.
Baca Artikel Berkaitan: “Perlu Bayar RM2.60” – Hampir 900,000 Warga Asing Tak Lagi Layak Dapat Subsidi RON95
Baca Artikel Berkaitan: Perlu MyKad & Lesen Memandu Aktif Untuk Nikmati RON95 RM1.99 Seliter Mulai 30 September
Kereta Nombor Pendaftaran Singapura Dikesan Isi Minyak Pada Awal Pagi
Semalam (1 Oktober), tular lagi kereta bernombor pendaftaran Singapura dikesan mengisi minyak RON95 di sebuah stesen minyak yang terletak di Taman Sierra Perdana, Plentong, Johor.
Menerusi video tular, kelihatan seorang lelaki sedang mengisi petrol sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) berwarna putih, Honda HRV.
Apa yang turut menjadi perhatian adalah dia dipercayai melakukan perbuatan tersebut kira-kira jam 3.55 pagi pada 1 Oktober.
Malah turut kedengaran perakam video telah meminta lelaki berkenaan mengisi RON97 seperti yang telah dikuatkuasakan untuk warga asing di negara ini namun tidak diendahkan olehnya.
“Apa I pay, I pay? You warna hijau (RON97) ma,” kata si perakam.
Tular: Kenderaan Singapura Didakwa Isi RON95, Balas “Tak Boleh Mehhh” Bila Ditegur Perkongsian anonymous di laman JB Tracer 2 mencetus perhatian apabila memaparkan seorang lelaki dipercayai warganegara Singapura mengisi petrol RON95 subsidi di sebuah stesen minyak sekitar Johor Bahru, kira-kira jam 3.55 pagi, 1 Oktober 2025. Lebih mencetus rasa kurang senang, lelaki berkenaan dilihat membalas dengan nada sinis, “Tak boleh mehhh?” apabila ditegur oleh perakam yang turut berada di lokasi kejadian. Tindakan itu mengundang pelbagai reaksi warga maya yang mempersoalkan sikap tidak bertanggungjawab dan seolah-olah memperlekeh peraturan sedia ada..
Posted by Sanusie Ibrahim Channel on Wednesday 1 October 2025
KPDN Johor Jalankan Siasatan
Video tular itu nyata mendapat perhatian Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor, Lilis Saslinda Pornomo.
Jelas Lilis Saslinda, pihaknya kini sedang menjalankan siasatan berhubung perkara terbabit.
Malah, pasukan penguatkuasa KPDN telah dihantar ke stesen minyak tersebut bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung kejadian berkenaan.
“Jika terdapat kecuaian di pihak pengusaha stesen minyak, tindakan lanjut akan diambil menerusi kertas siasatan yang kemudian akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR),” katanya yang dipetik daripada Sinar Harian.
Giatkan Pemantauan Di Stesen Minyak Sempadan Johor-Singapura
Memetik Malaysia Gazette, Lilis Saslinda sebelum ini menjelaskan bahawa KPDN Johor akan melakukan pemantauan terutama di stesen minyak berhampiran sempadan Johor-Singapura bagi mengelakkan warga asing dari mengambil kesempatan.
Jelasnya, pihak KPDN negeri tidak dapat meletakkan penguat kuasa mereka di setiap stesen minyak berhampiran sempadan namun memohon kerjasama orang ramai untuk memaklumkan kejadian sebegitu.
Ramai Kurang Senang Dengan Tindakan Lelaki Isi Minyak Pada Kenderaan Nombor Pendaftaran Singapura
Video tular yang berdurasi 21 saat dan mendapat lebih 107,000 tontonan nyata mendapat perhatian pengguna media sosial.
Majoritinya mengecam tindakan lelaki tersebut namun ada segelintir yang tertanya-tanya berhubung undang-undang berkaitan larangan pembelian RON95 melibatkan kenderaan asing memandangkan kerajaan kini telah melaksanakan subsidi bersasar.
Ini antara komen pengguna Facebook:
“Pukul Je Terus, Curi Minyak Subsidi”

“Ini Cadangan, Pasang Tracker Setiap Pump, Kesan Nombor Plate Asing & Sekat Terus Dari Guna RON95”

“Undang-Undang Malaysia Mesti Tegas, Saman Mereka & Stesen Minyak Yang Dikenadalikan Oleh Pekerja Asing Yang Tak Faham Undang-Undang Malaysia”

Baca Artikel Berkaitan: Tular Satu Lagi Kereta SUV Nombor Plat Singapura Isi Minyak Petrol RON95 [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Jerkah Pasangan Guna Kereta Plat Singapura Isi Minyak RON95 [Video]



