Misi Ke Gaza: Kapal Conscience Sudah Berlepas Dari Itali, Dr Fauziah Antara 8 Delegasi Dari Malaysia [Video]
Dr Fauziah Mohd Hasan pada tahun 2016 telah menyertai misi ‘Women’s Boat to Gaza’ sebelum ditahan tentera Israel dan dihantar pulang.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Awal pagi tadi, satu berita menggemparkan orang ramai apabila misi Global Sumud Flotilla telah berdepan pintasan oleh tentera Israel sewaktu berada di perairan antarabangsa.
Sehubungan itu, 12 peserta misi dari Malaysia dilaporkan telah ditahan secara tidak sah antaranya penyanyi dan pelakon Zizi Kirana serta aktivis dan pendakwah Heliza Helmi.
Berdasarkan data pada live tracker GSF, sebanyak 13 kapal termasuk dua kapal sokongan undang-undang, dipercayai masih berlayar setakat jam 3.36pm waktu Malaysia, manakala 10 lagi diandaikan telah dipintas.
Baca Artikel Berkaitan: Global Sumud Flotilla: Senarai Sukarelawan Malaysia Ditahan Israel Setakat Ini
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Misi Global Sumud Flotilla Menghampiri Zon Merah, Diugut Kapal Tentera Israel
8 Peserta Dari Malaysia Menaiki Kapal Conscience, Seorang Lagi Di Kapal Umm Saad Oleh FFC-TMTG
Di sebalik itu, perhatian juga harus diberikan kepada gelombang ketiga misi flotila ke Gaza yang digerakkan oleh Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleens to Gaza (TMTG).
Menurut Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), salah satu kapal terbesar, Conscience telah berlepas dari Porto Otranto, Itali semalam (1 Oktober).
Kapal itu membawa 94 peserta dari 25 negara termasuk wartawan, pakar perubatan, aktivis dan ahli parlimen.
@mycare.hq Pelepasan kapal Conscience di Itali semalam ⛵️ Delegasi Malaysia yang disertai 9 orang rakyat Malaysia turut serta dalam pelayaran FFC x TMTG ini. Kapal ini membawa 10 kru kapal, 20 wartawan antarabangsa, 21 pakar perubatan, 3 ahli Parlimen, 34 aktivis dan 6 jawatankuasa pemandu FFC. 8 orang delegasi Malaysia di atas kapal Conscience (no.4). Seorang di atas kapal Umm Saad (no. 9). Sama-sama kita doakan kejayaan misi ini. Boleh lihat tracker secara live di sini 👉 https://thousandmadleens.fr/tracker/ Untuk menyumbang ke Tabung Misi Flotila ke Gaza, KLIK 👉 https://mycare.qrd.by/misiflotillagaza
♬ original sound – Humanitarian Care Malaysia
Tonton video penuh [DI SINI].
Daripada jumlah penumpang di atas kapal Conscience itu, lapan merupakan delegasi dari Malaysia yang diketuai MyCARE iaitu:
- Dr Fauziah Mohd Hasan.
- Profesor Emiratus Dr Mohd Alauddin Mohd Ali.
- Profesor Dr Mohd Afandi Salleh.
- Dr Noorhasyimah Ismail.
- Norsham Abu Bakar.
- Dr Hafiz Sulaiman.
- Dr Ili Syakira Suhaimi.
- Syafik Shukri Abdul Jalil.
Manakala Dr Maziah Mohammad pula berlayar di atas kapal Umm Saad (TMTG).
View on Threads
Dr Fauziah Wanita Malaysia Pertama Berlayar Ke Gaza, Pernah Ditahan Israel
Salah seorang peserta misi dari Malaysia, Dr Fauziah merupakan wanita Malaysia pertama yang pernah berlayar ke Gaza dalam misi ‘Women’s Boat to Gaza’.
Dalam misi pada tahun 2016 itu, beliau bagaimanapun telah dipintas tentera Israel dan dimasukkan ke dalam tahanan sebelum dihantar pulang.
Menerusi hantaran di TikTok (@drfauziah.hasan), Dr Fauziah berkata beliau sebenarnya sedang dalam tempoh ‘haram’ untuk masuk semula ke Israel.
“Setelah dipaksa untuk menandatangani surat pengusiran (deportation letter). Tetapi kita juga menyatakan bahawa tidak melakukan apa-apa kesalahan di mata undang-undang Israel dan tidak ingin datang ke negara haram Israel.
“Kita juga diculik di perairan antarabangsa dan dipaksa datang ke negara haram Israel,” jelasnya.
Beliau pada mulanya tidak bercadang menyertai misi flotila kali ini kerana mengalami masalah kesihatan yang boleh menyebabkan kesukaran jika menaiki kapal kecil.
Namun apabila mengetahui kapal Conscience bakal terlibat, beliau telah menawarkan dirinya untuk berlayar ke Gaza buat kali kedua.
@drfauziah.hasan Saya, Fauziah Hasan yang pernah diculik semasa flotilla 2016 di perairan antarabangsa, dimasukkan ke penjara Issewel, dan kini berlayar semula ke G. Mohon doa semua dan follow akaun tiktok saya.
♬ original sound – Dr Fauziah Hasan
Tonton video penuh [DI SINI].
FFC-TMTG Gelombang Ketiga Misi Flotila, Susuli Global Sumud Flotilla
Flotila FFC-TMTG ini merupakan gelombang ketiga menyusuli gelombang kedua Global Sumud Flotilla yang masih dalam pelayaran dengan misi untuk memecahkan sekatan haram Israel ke atas Gaza.
Gelombang pertama flotila pula telah digerakkan pada Jun lalu menerusi kapal Madleen. Namun aktivis alam sekitar terkenal dari Sweden, Greta Thunberg bersama 11 yang lain telah ditahan Israel ketika itu.
Dalam pada itu, ada yang menyifatkan gelombang kedua oleh GSF sebagai satu taktik untuk mengaburkan mata rejim Israel sementara gelombang ketiga bersedia untuk pelayaran.
Bagi mengikuti perkembangan semasa pelayaran FFC-TMTG, layari live tracker [DI SINI].
Baca Artikel Berkaitan: Sekitar 9 Kapal Misi Global Sumud Flotilla Diserang Di Perairan Antarabangsa
Baca Artikel Berkaitan: Kapal ‘The Family’ Dalam Global Sumud Flotilla Diserang Dron Di Perairan Tunisia
Baca Artikel Berkaitan: Negara-Negara Barat Utama Mulai Iktiraf Palestin, Perancis Yang Terbaharu



