fbpx
Now Reading
Wanita Status Isteri Orang ‘Kantoi’ Berkhalwat Dengan Kekasih Muda Di Inap Desa

Wanita Status Isteri Orang ‘Kantoi’ Berkhalwat Dengan Kekasih Muda Di Inap Desa

Menurut pihak JAINJ pasangan berkenaan berkunjung ke inap desa terbabit dengan menaiki kereta berasingan serta berlakon kononnya seperti pasangan suami isteri sebelum mendaftar masuk.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Umum mengetahui wanita serta lelaki yang bukan mahram dilarang berdua-duaan di kawasan tersembunyi.

Ini kerana ia boleh menimbulkan fitnah selain turut mengundang kepada berlakunya aktiviti gejala tidak sihat seperti melakukan maksiat dan sebagainya.

Malah hukumnya adalah berdosa besar selain boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Isteri orang kantoi berkhalwat di inap desa

Terbaharu, seorang wanita yang juga isteri orang telah ditahan oleh pegawai dan anggota Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) pada 30 September lalu.

Wanita itu ditahan selepas disyaki berkhalwat dengan pasangannya di sebuah homestay di Batu Pahat, Johor.

Sewaktu serbuan dilakukan pada jam 11.30 pagi, wanita yang berusia 20-an ditemui bersama pasangan di inap desa berkenaan selepas pihak berkuasa menerima laporan daripada orang awam berhubung perbuatan mereka.

Naik kereta asing dan berlakon jadi pasangan suami isteri

Jelas JAINJ, pasangan terbabit berkunjung ke inap desa tersebut dengan menaiki kereta berasingan serta berlakon seperti pasangan suami isteri sebelum mendaftar masuk.

“Selepas penguat kuasa mengetuk pintu lebih 10 minit, barulah ia dibuka. Sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa, lelaki itu cuba melarikan diri namun gagal.

“Mereka berdua tinggal dan bekerja di daerah ini. Lelaki itu tinggal bersama ibu bapa, manakala wanita tinggal bersama suami dan anak-anak.

“Lelaki itu empat tahun lebih muda daripadanya dan ketika serbuan, dia enggan memberi kerjasama untuk dibawa ke balai dengan menaiki van polis,” jelasnya, lapor Harian Metro.

Beri kerjasama selepas diberi kata dua oleh pegawai bertugas

Namun apabila diberikan kata dua, lelaki yang berusia 20-an itu akhirnya menuruti arahan dan mengakui telah membuat silap besar kerana membabitkan isteri orang.

“Hasil soal siasat, mereka menjalinkan hubungan sejak dua tahun lalu namun wanita itu merahsiakannya daripada pengetahuan suami.

“Pasangan itu akan didakwa mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997 dengan denda sehingga RM3,000 atau penjara, atau kedua-duanya sekali.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.