fbpx
Now Reading
Tak Kisah Dikritik, Anthony Loke Pertahan Pentingnya Penggunaan ‘Child Seat’

Tak Kisah Dikritik, Anthony Loke Pertahan Pentingnya Penggunaan ‘Child Seat’

MIROS turut menjelaskan kajian pada 2022 mendapati tahap penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak di negarai ini hanya sekitar 30% walhal ia sudah diwajibkan sejak 1 Januari 2020.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Pada 27 September lalu, negara digemparkan dengan kemalangan membabitkan empat buah kenderaan di Plaza Tol Bukit Kajang, Lebuhraya Kajang Silk (Silk). Insiden yang berlaku sekitar jam 10.55 pagi itu turut mengorbankan seorang bayi lelaki berusia 12 bulan yang meninggal dunia dan lapan lagi cedera.

Jelas Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar bayi berkenaan ditemui tersepit di bawah sebuah kenderaan Nisaan X-Trail dan berjaya dikeluarkan jam 11.30 pagi akan tetapi disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Apa yang lebih menyentuh hati apabila bapa mangsa mendedahkan dia dan isterinya sudah menunggu selama 10 tahun sebelum dikurniakan cahaya mata dan kini terpaksa menerima hakikat seorang daripada anak kembar sudah meninggal dunia.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook kemudiannya mendedahkan ketiadaan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak (child seat) menjadi punca bayi berkenaan tercampak keluar dari kenderaan sebelum maut.

Perkara itu membuatkan beliau dikritik dan digelar kurang empati dalam mengeluarkan kenyataan dan sebagainya.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Tiada Child Seat Punca Bayi Tercampak Keluar Dari Kereta Dalam Nahas Plaza Tol Bukit Kajang – Anthony Loke

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Nahas Plaza Tol Bukit Kajang: Zuriat Yang Dinanti 10 Tahun, Hilang Sekelip Mata – Bapa

Tetap dengan pendirian penggunaan CRS boleh kurangkan risiko kecederaan serius

Sedar mengenai kecaman yang diterima, Anthony Loke menegaskan beliau tetap dengan pendirian bahawa penggunaan child seat atau (CRS) mampu mengurangkan risiko kecederaan serius atau kematian dalam kemalangan jalan raya.

Beliau dalam masa sama turut menerima dengan hati terbuka terhadap kritikan diberikan segelintir pihak ekoran kenyataan mengenai isu penggunaan CRS semalam (29 September).

“Sebagai menteri, apa sahaja kita buat akan dikritik. Jadi saya tak apa, saya sabar. Nak kecam atau nak marah tak apa, saya boleh terima.

“Cuma saya kekal dengan pendirian dan nak mengingatkan bahawa pentingnya CRS kepada kanak-kanak. Anda boleh kritik saya, boleh kecam saya tetapi jangan lupa kalau ada kanak-kanak dalam kereta, tolong lah pasang CRS demi keselamatan kanak-kanak tersebut,” ujarnya, lapor Utusan Malaysia.

Kata Anthony lagi, pihaknya turut akan mempergiatkan kempen kesedaran berhubung keselamatan kanak-kanak di jalan raya dan ia termasuk penggunaan CRS sebagai keperluan asas bagi setiap keluarga.

MIROS dedah 30% sahaja ibu bapa pakai child seat

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) mendedahkan penggunaan CRS di Malaysia masih rendah meskipun peraturan penggunaan untuk melindungi penumpang kecil telah diwajibkan sejak 1 Januari 2020.

MIROS turut menegaskan penggunaan CRS adalah amat penting untuk melindungi bayi dan kanak-kanak dalam sebarang kemalangan.

Jelasnya, kajian pada 2022 menemukan tahap penggunaan kerusi berkenaan di negara ini hanya sekitar 30% walau sudah diwajibkan pada 1 Januari 2020.

“Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tempoh 2014 hingga 2023 menunjukkan purata 434 Kanak-kanak maut akibat kemalangan jalan raya setiap tahun, bersamaan lapa kanak-kanak yuang terkorban setiap minggu.

“Oleh kerana kemalangan jalan raya tidak dapat dijangka, ibu bapa dan penjaga disarankan sentiasa menggunakan kerusi keselamatan kanak-kanak sebagai langkah utama untuk mengurangkan risiko kecederaan dan kematian,” ujarnya, lapor Harian Metro.

Penggunaan CRS yang betul dan sesuai dengan berat dan ketinggian dapat kurangkan risiko kematian

Jelasnya lagi, CRS yang digunakan dengan betul serta sesuai dengan ketinggian dan berat kanak-kanak dapat mengurangkan risiko kematian penumpang yang berusia 0 hingga 4 tahun antara 54 hingga 71%.

Menurutnya, ibu bapa serta penjaga hendaklah memastikan perjalanan bersama si kecil sentiasa menggunakan kerusi yang mengikut piawaian, dipasang dengan betul serta digunakan setiap masa.

“MIROS juga menggesa pembuat dasar, penguat kuasa undang-undang dan pihak industri memperkukuh usaha advokasi, pendidikan serta penguatkuasaan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak di Malaysia.

“Langkah ini penting bagi mengurangkan risiko kecederaan dan kematian kanak-kanak di jalan raya.”

MIROS sedang buat penilaian teknikal terhadap kenderaan berat yang terbabit dalam kemalangan

Sementara itu, MIROS juga memaklumkan Pasukan Siasatan Kemalangan pihaknya sedang melakukan penilaian teknikal ke atas kenderaan berat yang terbabit dalam kemalangan tersebut sehingga mengorbankan nyawa seorang bayi lelaki.

“Ini termasuk pemeriksaan sistem brek, bagi mengenal pasti sama ada terdapat bukti kegagalan fungsi atau faktor lain sebagai punca utama kemalangan.

“MIROS juga bekerjasama dengan PDRM, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bagi memastikan siasatan dijalankan secara menyeluruh,” katanya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.