“Perlu Bayar RM2.60” – Hampir 900,000 Warga Asing Tak Lagi Layak Dapat Subsidi RON95
Menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke, ini bermakna selama ini kerajaan telah memberi subsidi kepada hampir 900,000 orang warga asing yang memiliki lesen memandu dan membeli kereta di Malaysia.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Hari ini (30 September), rakyat Malaysia sudah mula menikmati RON95 berharga RM1.99 seliter dengan had 300 liter sebulan di bawah program BUDI95.
Selain memiliki MyKad, syarat kelayakan program subsidi bersasar petrol RON95 ini mestilah memiliki Lesen Memandu Malaysia (LLM) yang masih aktif.
Mereka yang tidak memiliki MyKad seperti warga asing atau lesen memandu sudah tamat tempoh melebihi tiga tahun tidak layak menerima subsidi petrol ini.
Baca Artikel Berkaitan: Perlu MyKad & Lesen Memandu Aktif Untuk Nikmati RON95 RM1.99 Seliter Mulai 30 September
Hampir 900,000 warga asing tak layak dapat subsidi petrol
Terbaharu, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, hampir 900,000 warga asing di Malaysia yang memegan LLM tidak lagi dapat menikmati subsidi petrol selepas pelaksanaan BUDI95 hari ini.
Menurutnya, pemegang LLM bertaraf bukan warganegara berjumlah 878,279 orang termasuk 18,710 mempunyai taraf penduduk tetap.
“Mereka ini layak memohon lesen memandu tetapi bukan bertaraf warganegara. Kumpulan ini tidak akan layak mendapat subsidi minyak.
Lebih setengah juta warga asing nikmati subsidi petrol RON95 sebelum ini
Menurutnya lagi, ini bermakna selama ini kerajaan telah memberi subsidi kepada hampir 900,000 orang warga asing yang memiliki lesen memandu dan membeli kereta di Malaysia.
“Itu sebabnya, dasar kita melalui BUDI95 ini bersasar. Kita hanya akan beri kepada warganegara Malaysia.
“Bagi yang bukan warganegara, mereka perlu membayar RM2.60 (harga tanpa subsidi) dan daripada itulah, kita akan jimat berbilion ringgit,” katanya dipetik Berita Harian.
Baca Artikel Berkaitan: BUDI95: Lelaki Dakwa Had 300 Liter Tak Cukup, Sekali Balik Kampung Dah Habis Buat Ramai Bingung
Baca Artikel Berkaitan: BUDI95: Tak Perlu Beratur Dekat Kaunter, Ini Cara Imbas MyKad Di Terminal Pam Minyak [Video]



