fbpx
Now Reading
Tiada Jaminan Harga Minyak RON95 Kekal RM1.99 Sepanjang Masa – Menteri Kewangan II

Tiada Jaminan Harga Minyak RON95 Kekal RM1.99 Sepanjang Masa – Menteri Kewangan II

Jelas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan harga minyak RON95 pada kadar RM1.99 berkenaan akan dikekalkan untuk masa terdekat selepas pelaksanaannya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Umum mengetahui bermula 30 September ini, rakyat Malaysia yang memiliki lesen memandu aktif bakal menikmati harga minyak RON95 RM1.99 seliter.

Tak dinafikan ia adalah antara perkara yang dinanti-nantikan oleh kebanyakan rakyat Malaysia di mana ia secara tidak langsung dapat mengurangkan sedikit beban dalam menyara kehidupan di masa kini.

Kemudahan ini diperoleh rakyat menerusi program subsidi bersasar petrol RON95 atau BUDI MADANI RON95 (BUDI95).

Untuk menggunakan kemudahan ini, rakyat Malaysia perlu membuat pengesahan menggunakan MyKad sewaktu urusan pembayaran RON95 dengan had siling sebanyak 300 liter sebulan.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Perlu MyKad & Lesen Memandu Aktif Untuk Nikmati RON95 RM1.99 Seliter Mulai 30 September

BACA ARTIKEL BERKAITAN: BUDI95: Lelaki Dakwa Had 300 Liter Tak Cukup, Sekali Balik Kampung Dah Habis Buat Ramai Bingung

Tiada jaminan harga minyak RON95 pada harga RM1.99 kekal sepanjang masa

Terbaharu Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan memaklumkan harga subsidi RON95 pada kadar RM1.99 seliter itu bakal dikekalkan untuk masa terdekat selepas ia dilaksanakan.

Walau bagaimanapun kerajaan tidak boleh memberi jaminan kadar harga RM1.99 seliter itu kekal sepanjang masa.

Menurut beliau, harga itu diputuskan untuk memastikan rakyat di negara ini dapat menikmati bahan api pada kadar yang berpatutan selaras dengan janji kerajaan.

“Kadar RM1.99 adalah harga subsidi yang telah dipersetujui dan akan dikekalkan buat masa ini. Niatnya untuk mengekalkannya buat sementara waktu.

“Tetapi saya tidak boleh menjamin ia kekal sepanjang masa kerana ia bergantung keadaan semasa,” ujarnya, lapor Kosmo.

Mekanisme yang sesuai dalam had penggunaan juga sedang dipertimbangkan

Jelasnya, kerajaan juga sedang mempertimbang mekanisme yang sesuai bagi had penggunaan harian Budi95 untuk mengelakkan ketirisan tanpa membebankan rakyat atau pengguna.

“Kami masih mempertimbang mekanisme yang sesuai. Contohnya, tidak wajar jika seseorang boleh mengisi setiap 10 minit kerana ia boleh digunakan untuk tujuan lain.

“Atau mungkin akan ditetapkan had harian tertentu, tetapi perkara ini perlu diperhalusi agar tidak menyusahkan rkyat dan tiada hadkan pergerakan mereka.”

Harga RM1.99 seliter yang ditawarkan lebih rendah dari harga semasa

Tegas Amir Hamzah lagi, Budi95 yang diperkenalkan kepada rakyat itu membolehkan orang ramai membeli petrol RON95 dengan harga subsidi iaitu RM1.99 seliter. Harga tersebut lebih rendah berbanding harga semasa iaitu RM2.05 seliter.

Perkara ini sekali gus dapat membantu rakyat dalam mengurangkan kos sara hidup mereka.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.