fbpx
Now Reading
Mekanik Hembus Asap & Gaduh Dengan Wanita Hamil Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

Mekanik Hembus Asap & Gaduh Dengan Wanita Hamil Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

Pertengkaran antara lelaki terbabit dengan pasangan suami isteri itu berlaku dipercayai selepas suami wanita hamil berkenaan menegur suspek beberapa kali mengenai tindakannya yang merokok di kedai makan itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sebelum ini, tular satu video memaparkan seorang lelaki yang bergaduh dengan pasangan suami isteri selepas ditegur menghisap rokok di sebuah kedai makan di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor pada 11 September lalu.

Insiden yang berlaku sekitar jam 11.50 malam tercetus apabila seorang wanita hamil lapan bulan berasa tidak senang akan perbuatan lelaki berkenaan menghisap rokok di restoran terbabit serta risau jika ia menganggu kesihatannya serta bayi dalam kandungan.

Oleh itu, dia meminta pekerja restoran terbabit menegur lelaki berkenaan namun perkara itu tidak diendahkannya. Suami wanita berkenaan lalu menegur individu itu sebanyak tiga kali sebelum lelaki itu menghampir meja dan berlaku pertengkaran.

Susulan itu, pihak polis kemudiannya telah bertindak menahan seorang lelaki berusia 49 tahun di Persiaran Kayangan Seksyen 9 selepas individu itu pulang daripada konvoi motosikal dari Thailand, lapor Sinar Harian.

Mekanik tular bergaduh dengan pasangan suami isteri dibebaskan atas jaminan polis

Terbaharu, suspek yang juga bekerja sebagai seorang mekanik di bengkel motosikal telah dibebaskan dengan jaminan polis.

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim ianya selepas permohonan reman terhadap suspek ditolak oleh Mahkamah Majistret.

Ujarnya lagi, kertas siasatan akan dilengkapkan sebelum diserahkan kepada pihak pendakwaan untuk tindakan lanjut.

“Reman tidak dibenarkan Majistret dan tertuduh akan diberikan jaminan polis sementara kertas siasatan dilengkapkan untuk pertuduhan,” jelasnya, lapor Kosmo.

Disiasat mengikut dua seksyen

Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan cedera dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil iaitu berkelakuan aib.

Turut difahamkan, suspek sebelum ini berkonvoi menunggang motosikal ke Thailand bersama sekumpulan kawannya serta bercuti selama empat hari.

Tonton video di sini.

@kaylanaqi25 Orang tua yang tak boleh ditegur 🥰 . #fyppppppppppppppppppppppp #foryoupage #merokok #kedaimakan ♬ suara asli – J® – Jeki.R
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.