Terengganu Negeri Paling Bahagia Di Malaysia – DOSM
Selain Terengganu yang memegang takhta negeri, Kluang di Johor pula dinobatkan sebagai daerah paling bahagia.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Bila ditanya tentang bahagia, setiap orang mempunyai definisi kebahagiaan yang berbeza.
Ada yang menganggap wang ringgit sebagai pengukur kebahagiaan seseorang namun ada juga yang berpendapat kasih sayang dan kehidupan tenang adalah segalanya.
Jangan tidak tahu, bandar atau daerah juga boleh diukur kebahagiaannya atas faktor tertentu.
Terengganu Jadi Negeri Sangat Bahagia, Kluang Pula Daerah Paling Bahagia
Berdasarkan Indeks Kebahagiaan Rakyat Malaysia bagi tahun 2024 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini (12 September), Terengganu dinobatkan sebagai negeri paling bahagia dengan skor sebanyak 8.64.
Ia diikuti oleh Johor ditangga kedua dengan skor 8.08 dan Negeri Sembilan (8.01).
Manakala Selangor (7.21), Pulau Pinang (7.19) dan Wilayah Persekutuan Labuan (7.00) berada dalam senarai tiga terbawah untuk kategori negeri paling bahagia.
Bagi kategori daerah, daerah Kluang, Johor pula dinobatkan sebagai daerah sangat bahagia dengan mencatatkan skor tertinggi iaitu 9.83 diikuti Raub, Pahang dengan 9.52 dan Mersing, Johor ditangga ketiga dengan skor 9.50.
Menariknya, Laporan Indeks Kebahagiaan Rakyat Malaysia pada kali ini pertama kali diterbitkan secara terperinci di peringkat negeri dan daerah pentadbiran.
Berikut merupakan kedudukan negeri lain serta skor yang diumumkan oleh DOSM:
- Terengganu (8.64)
- Johor (8.08)
- Negeri Sembilan (8.01)
- Pahang (7.92)
- Melaka 7.83
- Perak (7.83)
- Kedah (7.68)
- Perlis (7.65)
- Sabah (7.60)
- Wilayah Persekutuan Putrajaya (7.55)
- Sarawak (7.53)
- Kelantan (7.24)
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (7.22)
- Selangor (7.21)
- Pulau Pinang (7.19)
- Wilayah Persekutuan Labuan (7.00)
Wanita Lebih Bahagia Dari Lelaki, Rakyat Malaysia Bahagia Dengan Skor 7.60
Melalui indeks itu juga, rakyat Malaysia disifatkan sebagai bahagia dengan skor keseluruhan 7.60.
Malah turut menjadi perhatian, skor kebahagiaan perempuan melebihi skor kebahagiaan lelaki iaitu 7.62 berbanding 7.57.
Keagamaan & Kerohanian Penentu Utama Kebahagiaan
Dapatan laporan itu turut menunjukkan keagamaan dan kerohanian menjadi penyumbang utama kebahagiaan rakyat dengan skor sebanyak 8.69.
Ia diikuti dengan faktor keluarga pada kedudukan kedua dengan skor 8.64 dan penggunaan masa ditangga ketiha dengan skor 7.82.
Manakala kumpulan umur 15 hingga 19 tahun merupakan kelompok kumpulan yang paling bahagia dengan skor sebanyak 7.79.
Untuk info, Indeks Kebahagiaan Rakyat Malaysia dibangunkan berasaskan Survei Kebahagiaan Rakyat Malaysia yang diukur menerusi empat faktor utama iaitu fizikal, sosial, emosi dan spiritual.
Sebanyak 94 indikator dirangkumkan menjadi 13 komponen kebahagiaan yang berfungsi sebagai alat statistik dalam menilai kualiti hidup rakyat Malaysia.
KENYATAAN MEDIA DOSM: INDEKS KEBAHAGIAAN RAKYAT MALAYSIA, 2024 DOSM MEDIA STATEMENT: MALAYSIAN HAPPINESS INDEX,…
Posted by Department of Statistics, Malaysia on Thursday 11 September 2025
Baca Artikel Berkaitan: Putrajaya & Telupid Jadi Bandar Paling Bahagia Tahun 2025 Di Malaysia
Baca Artikel Berkaitan: Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar