Protes Di Nepal: PM Letak Jawatan, Isteri Bekas PM Maut Rumah Dibakar Perusuh
Protes di Nepal tercetus selepas kerajaan bertindak menyekat Facebook, X dan YouTube dengan alasan media sosial terbabit gagal mematuhi kawal selia kerajaan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Pada bulan lalu, kecoh di media sosial mengenai rusuhan besar-besaran yang berlaku di Jakarta serta beberapa kawasan lain di Indonesia disebabkan protest anti-kerajaan sehingga menyebabkan berlaku kemusnahan bangunan serta kematian beberapa orang awam.
Baru sahaja reda isu di sana, kini tular pula mengenai protes di Nepal selepas kerajaan negara itu bertindak menyekat Facebook, X dan YouTube dengan alasan media sosial terbabit gagal mematuhi kawal selia kerajaan.
Bekas isteri PM Nepal maut selepas rumah dibakar perusuh
Terbaharu, isteri kepada bekas Perdana Menteri Nepal, Jhalanath Khanal iaitu Rajyalaxmi Chitrakar dilaporkan maut selepas penunjuk perasaan yang diketuai ‘Generasi Z’ membakar rumah mereka di kawasan Dallu, Kathmandu pada semalam (9 Sept).
Menurut Berita Harian yang memetik NDTV, keluarga mangsa berkata, wanita itu dikejarkan ke Hospital Kecederaan Melecur Kirtipur namun meninggal dunia ketika dirawat.
Media tempatan melaporkan penunjuk perasaan telah bertindak mengepung kediaman bekas perdana menteri itu sebelum membakarnya.
BRUTAL FOOTAGE: Rajyalaxmi Chitrakar — wife of Nepal’s ex-PM Khanal — BURNT alive
— RT (@RT_com) September 9, 2025
Set ablaze inside her own residence
She died in the FLAMES https://t.co/Le1qGO1f2J pic.twitter.com/6A54eOOJDS
Perdana Menteri Nepal letak jawatan
Dalam pada itu, Perdana Menteri Nepal, KP Sharma Oli, turut mengumumkan peletakan jawatan pada semalam selepas rumahnya sendiri dibakar penunjuk perasaan.
Sementara itu, turut tular rakaman Menteri Kewangan, Bishnu Prasad Paudel, 65, dikejar di jalanan dan dipukul teruk oleh orang ramai.
🇳🇵#Nepal: Footage supposedly showing Nepal’s vice-chairman of the Communist Party (UML), which is also the country’s Finance Minister, Bishnu Prasad Paudel, being stripped of clothes and thrown into a river while being beaten during today’s anti-corruption riots. pic.twitter.com/bsUmfQBEq6
— POPULAR FRONT (@PopularFront_) September 9, 2025
Rusuhan yang berlaku itu menyebabkan larangan media sosial berkenaan ditarik balik, namun bantahan tetap diteruskan sehingga membawa kepada insiden tembakan polis yang mengorbankan 19 nyawa.
Selain membakar rumah pemimpin, penunjuk perasaan juga merosakkan bangunan Parlimen sehingga lapangan terbang Kathmandu terpaksa ditutup.
Kempen yang digelar ‘protes Gen Z’ itu turut disemarakkan dengan kemarahan terhadap dakwaan rasuah dan keistimewaan anak pemimpin politik yang digelar ‘Nepo Kids’.



