fbpx
Now Reading
Maritim Malaysia Tahan Influencer Bawa Kereta Ke Laut Untuk Penggambaran

Maritim Malaysia Tahan Influencer Bawa Kereta Ke Laut Untuk Penggambaran

Menurut Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Hamiludin plastform itu dibina tanpa peralatan keselamatan dan berisiko jika dijadikan lokasi penggambaran oleh influencer terbabit.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah bertindak menahan seorang influencer ekoran tindakannya membawa sebuah kereta ke laut bagi tujuan pengembaraan, semalam (3 September).

Sebanyak dua buah bot bersama sebuah platform telah ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 195 (MSO) dalam satu operasi penguatkuasaan Operasi Iman.

Satu bot beroperasi tanpa lesen sah

Menurut Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Hamiludin Che Awang kedua-dua bot berkenaan ditahan bersama sebuah platform yang ditunda pada jarang sekitar 16 batu nautika barat laut Kuala Terengganu berdekat Pulau Bidong kira-kira jam 6 petang semalam.

“Hasil pemeriksaan mendapati bot penumpang digunakan untuk menunda platform terapung bersama sebuah kereta di atasnya, manakala sebuah lagi bot yang mengiringi aktiviti penundaan tersebut didapati beroperasi tanpa mempunyai lesen sah oleh Jabatan Laut,” ujarnya dalam satu kenyataan di Facebook.

Dibina tanpa peralatan keselamatan dan boleh undang bahaya kepada nyawa

Jelasnya lagi platform berkenaan dibina tanpa peralatan keselamatan dan ia boleh menimbulkan risiko keselamatan sekiranya dijadikan sebagai lokasi penggambaran oleh influencer berkenaan bersama dengan kereta yang diletakkan atas platform itu.

Tindakan terbabit tidak hanya melanggar undang-undang bahkan mengundang bahaya kepada nyawa kru, penumpang dan pengguna perairan yang lain.

Kata beliau lagi, kedua-dua bot terbabit didapati membawa pempengaruh bersama kru dan penumpang masing-masing.

12 orang ditahan namun 6 dibebaskan termasuk pempengaruh – Bernama

Mereka yang ditahan terdiri daripada enam kru termasuk nakhoda dan enam penumpang dan semua adalah warga tempatan.

“Kesemua bot, kru serta penumpang telah dibawa masuk ke Jeti Maritim Negeri Terengganu sekitar jam 2.00 pagi hari ini untuk siasatan lanjut. Kes akan disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana melanggar syarat sah lesen, beroperasi tanpa lesen yang sah serta melakukan aktiviti penundaan tanpa kebenaran.”

Namun laporan Bernama menyebut enam kru bot ditahan untuk diambil keterangan manakala enam lagi penumpang termasuk pempengaruh yang berusia sekitar 21 hingga 32 tahun dibebaskan serta-merta.

Tak akan kompromi dengan individu yang langgar undang-undang maritim

Beliau turut menegaskan, pihak Maritim Malaysia akan sentiasa serius dalam memastikan keselamatan di perairan negara terutama di Teerengganu serta tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar undang-undang maritim.

“Maritim Malaysia menyokong aktiviti pelancongan dan kreativiti anak muda, namun ia mestilah dilakukan mengikut peraturan sedia ada demi menjamin keselamatan nyawa serta kelestarian sektor maritim negara.”

Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Hamiludin Che Awang

Ramai kaitkan Isa Isarb kerana ada muat naik beberapa video papar proses buat ‘rumah terapung’

Sebelum ini kecoh di media sosial apabila influencer, Isa Isarb berkongsi yang dia sedang membina sebuah rumah terapung dua tingkat lengkap dengan tempat penyimpanan kereta di tingkat bawah.

Influencer berkenaan turut ada memuat naik beberapa video memaparkan proses pembuatan rumah berkenaan.

Malah dia juga ada menunjukkan bagaimana kereta mewah jenis BMW berwarna putih itu dialihkan daripada sebuah lori ke platform terapung itu.

Pun begitu tidak dapat dipastikan sama ada Isa Isarb kah individu yang ditahan pihak Maritim.

Namun ramai mengaitkan Isa dengan penahanan tersebut memandangkan foto yang dikongsikan maritim melihatkan sebuah kereta BMW berwarna putih sama sepert kereta mewah dalam video dikongsikan influencer terbabit.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.