fbpx
Now Reading
Polis Tahan Lelaki Tular Lepaskan Tembakan Di Kuil

Polis Tahan Lelaki Tular Lepaskan Tembakan Di Kuil

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Azaharudin Tajudin suspek memiliki lesen senjata api yang sah namun siasatan lanjut masih dilakukan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sebelum ini tular satu video dia media sosial memaparkan tindakan seorang lelaki melepaskan beberapa das tembakan sewaktu berada di hadapan kuil.

Menerusi video tular itu, awalnya kelihatan orang ramai berada berdekatan lelaki terbabit sebelum dia melepaskan tembakan ke udara sewaktu sedang berlangsungnya satu upacara.

Lelaki lepaskan tembakan di kuil sewaktu upacara sembahyang

Terbaharu, polis telah menahan lelaki yang melepaskan tembakan sewaktu upacara sembahyang di sebuah kuil di Ladang Bukid Badong, Bestari Jaya, Selangor.

Lelaki berusia 55 tahun itu telah ditahan oleh polis di sekitar Petaling Jaya, lebih kurang jam 8 malam pada 1 September.

Jelas Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Azaharudin Tajudin polis menerima laporan mengenai insiden terbabit melalui satu video yang tular di media sosial.

Polis tahan suspek di Petaling Jaya

Menurutnya siasatan yang dilakukan mendapati insiden tersebut berlaku sewaktu penganut Hindu sedang melakukan upacara sembahyang tahunan di kuil terbabit sekitar jam 11.30 pagi.

“Video tular itu memaparkan seorang lelaki melepaskan tembakan ke udara di lokasi kejadian.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan Kuala Selangor berjaya menahan suspek di Petaling Jaya,” ujarnya, lapor Kosmo.

Suspek direman selama tiga hari sehingga lusa (4 September) untuk membantu siasatan. Kes disiasat di bawah Seksyen 39 Akta Senjata 1960.

Memiliki lesen senjata api sah

Memetik laporan Harian Metro, Azaharudin memaklum suspek yang bekerja sebagai kontraktor itu memiliki lesen senjata api yang sah dan siasatan lanjut masih lagi dilakukan termasuklah menyiasat punca sebenar tembakan terbabit dilepaskan.

Ujarnya lagi, sepucuk pistol model CZ turut dirampas.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.