fbpx
Now Reading
Sempena Hari Kebangsaan dan Revolusi Ogos, Rakyat Vietnam Diberi 100,000 Dong

Sempena Hari Kebangsaan dan Revolusi Ogos, Rakyat Vietnam Diberi 100,000 Dong

Perdana Menteri Vietnam dalam arahannya meminta agar kesemua badan dan agensi di bawah kerajaan yang berkaitan bekerjasama untuk menyemak senarai penerima yang layak serta menyalurkannya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Pada 23 julai lalu, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan lima ‘berita gembira’ buat seluruh rakyat Malaysia.

Antaranya adalah setiap warganegara berumur 18 tahun ke atas akan menerima RM100 secara ‘one-off’ melalui MyKad di bawah program SARA yang boleh dibelanjakan bermula 31 Ogos sehingga 31 Disember 2025.

Baca Artikel Berkaitan: Penghargaan Luar Biasa: Ini 5 ‘Berita Gembira’ Yang Diumumkan Anwar

Bantuan atau hadiah daripada kerajaan untuk rakyat bukanlah sesuatu yang baru, bahkan negara-negara lain juga turut melakukannya.

Rakyat Vietnam terima RM16 sempena Hari Kebangsaan

Seperti baru-baru ini, setiap warganegara Vietnam yang layak akan menerima 100,000 dong (kira-kira RM16) sebagai hadiah sempena ulang tahun ke-80 Revolusi Ogos dan Hari Kebangsaan pada 2 September.

Memetik Vietnam Plus, Perdana Menterinya, Pham Minh Chinh pada 28 Ogos lalu telah mengeluarkan satu arahan rasmi berhubung pengagihan hadiah tersebut kepada rakyat.

Menurut Dokumen No. 17129-CV/VPTW bertarikh 28 Ogos 2025, Pejabat Jawatankuasa Pusat Parti melaporkan bahawa Politburo telah meluluskan dasar pemberian itu kepada rakyat ketika hari bersejarah negara itu.

Badan kerajaan dan agensi di bawahnya bekerjasama dalam pemberian hadiah ini

Pham di dalam arahannya meminta agar Kementerian Kewangan, Bank Negara Vietnam (SBV), Kementerian Keselamatan Awam serta Jawatankuasa Rakyat di peringkat wilayah dan bandar raya bekerjasama rapat untuk menyemak senarai penerima yang layak.

Kesemua badan dan agensi di bawah kerajaan ini juga perlu menyalur wang tunai berkenaan sama ada melalui pindahan bank atau pengagihan secara langsung dengan memastikan ia selesai sebelum 2 September.

Difahamkan, Kementerian Kewangan akan menjadi peneraju dengan kerjasama agensi berkaitan untuk segera melaporkan kepada pihak berkuasa dan menyusun pembiayaan yang bersesuaian dengan memastikan imbangan belanjawan negara.

Sementara itu, SBV pula bertanggungjawab untuk memastikan sistem pembayaran berjalan lancar dan bekalan tunai mencukupi bagi membolehkan pengagihan wang dibuat tepat pada masanya tanpa ada penerima yang tercicir atau menerima dua kali.

Macam mana nak guna RM100 dalam MyKad?

Berbalik kepada RM100 di dalam MyKad pula, kalau korang tak tahu dimana ia boleh dibelanjakan dan barangan apa yang boleh dibeli, korang boleh rujuk carousel di bawah ini:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.