fbpx
Now Reading
Remaja 16 Tahun Dakwa Jadi Mangsa Rogol Beramai-ramai Selepas Karaoke

Remaja 16 Tahun Dakwa Jadi Mangsa Rogol Beramai-ramai Selepas Karaoke

Jelas Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohammad Hatta mangsa meminta bantuan dari seorang lelaki yang baru sahaja dikenalinya melalui aplikasi ‘Leo’ untuk menghantarnya pulang ke rumah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Umum mengetahui gejala seperti rogol membabitkan pelajar di bawah umur sudah sering kali dilaporkan.

Malah setiap kes rogol yang dilaporkan juga mempunyai kisah yang berbeza-beza dan merisaukan.

Perkara ini secara tidak langsung membimbangkan orang ramai khususnya ibu bapa untuk membenarkan anak-anak mereka untuk keluar tanpa pengawasan individu dewasa.

Remaja perempuan dakwa jadi mangsa rogol berkumpulan

Terbaharu seorang remaja perempuan yang berusia 16 tahun mendakwa telah dirogol berkumpulan selepas meminta tolong seorang lelaki yang baru dikenalinya.

Difahamkan remaja terbabit meminta lelaki tersebut menghantarnya pulang dari sebuah pusat karaoke di Senawang, Seremban, pada minggu lalu.

Jelas Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din remaja perempuan itu telah tampil ke Balai Polis Senawang pada pukul 3.21 pagi untuk membuat laporan dan mendakwa dirogol beramai-ramai di sebuah rumah yang tak diketahui lokasinya.

4 lelaki ditahan di rumah masing-masing

Ekoran daripada laporan itu, Pasukan Bahagian Siasatan Jenyaah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban, telah menahan seramai empat lelaki yang berusia 16 hingga 19 tahun di rumah masing-masing di sekitar daerah ini, semalam (1 September).

“Hasil siasatan awal mendapati kira-kira jam 8 malam 29 Ogos lalu, mangsa dikatakan pergi ke sebuah pusat karaoke keluarga di Senawang.

“Mangsa kemudian dipercayai meminta bantuan seorang lelaki yang dikenali melalui aplikasi ‘Leo’, untuk menghantarnya pulang ke rumah,” ujarnya, lapor Berita Harian.

Mangsa telah dibawa ke Hospital Tuanku Ja’far, Seremban untuk pemeriksaan lanjut dilakukan dan kes disiasat mengikut Seksyen 375b Kanun Keseksaan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.