Now Reading
PRN17 Sabah: WARISAN Akan Bergerak Solo, Tanding Semua Kerusi DUN – Shafie Apdal

PRN17 Sabah: WARISAN Akan Bergerak Solo, Tanding Semua Kerusi DUN – Shafie Apdal

Menurut Presiden WARISAN itu, pengalaman kerjasama sebelum ini gagal membuahkan hasil positif kerana lebih tertumpu kepada perebutan kerusi serta jawatan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Isu Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-17 (PRN17) semakin hangat menjadi buah mulut rakyat di negeri itu sejak kebelakangan ini.

Kebanyakan orang mempersoal bilakah PRN17 akan diadakan memandangkan tempoh pentadbiran kerajaan negeri yang ada sekarang akan berakhir pada Oktober 2025.

Bagaimanapun, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata PRN17 hanya akan diadakan apabila waktunya sudah tiba untuk berbuat demikian.

WARISAN akan bergerak solo dalam PRN17

Terbaharu, parti Warisan (WARISAN) sebulat suara memutuskan untuk bertanding di semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada PRN17 tanpa bekerjasama dengan mana-mana parti politik lain.

Presiden WARISAN, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, keputusan itu dimuktamadkan pada Mesyuarat Majlis Tertinggi Warisan yang dipengerusikannya semalam (27 Ogos).

“Parti telah memutuskan secara sebulat suara untuk bertanding 73 kerusi DUN. Maknanya tiada gabungan atau kerjasama dengan parti lain. Jangan percaya jika ada gambaran sebaliknya. Ini keputusan parti, bukan keputusan presiden seorang,” katanya dipetik Berita Harian.

Mengikut peruntukan, DUN Sabah ke-16 akan terbubar secara automatik pada 11 November ini sekiranya ia tidak dibubarkan lebih awal, sekali gus membuka laluan kepada PRN17.

WARISAN hanya akan bekerjasama dengan rakyat Sabah

Tegas Mohd Shafie, WARISAN hanya akan bekerjasama dengan rakyat Sabah dengan memberi tumpuan memenuhi keperluan asas seperti bekalan air, elektrik dan prasarana jalan raya di seluruh negeri.

Mengulas lanjut, ADUN Senallang itu berkata pengalaman kerjasama sebelum ini gagal membuahkan hasil positif kerana lebih tertumpu kepada perebutan kerusi serta jawatan.

“Kebimbangan mereka (parti lain) hanya berapa kerusi yang dapat, kemudian minta jawatan menteri. Kalau tidak dapat, mereka melompat lagi. Itu pengalaman yang boleh memecah-belahkan perpaduan rakyat Sabah,” katanya.

Masih ada amanah yang perlu dilakukan untuk rakyat & negeri Sabah – Hajiji Noor

Terdahulu, Hajiji Noor berkata apa yang penting pada masa ini adalah kerajaan negeri melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan kerana masih ada yang perlu dilakukan untuk rakyat dan negeri itu.

Pengasas serta penyandang pengerusi sulung bagi Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) itu berkata, baki masa yang ada pada kerajaan sekarang wajar dimanfaatkan bagi memberi khidmat dan melaksanakan pelbagai program dirancang untuk rakyat Sabah.

ADUN Sulaman itu berkata demikian ketika diwawancara pada Program Naratif Khas dari Studio RTM Sabah yang disiarkan secara langsung di TV1 pada 14 Oktober lalu.

Malah beliau pada minggu lalu mengumumkan bahawa PRN17 ini merupakan penyertaan terakhirnya dalam politik.

Keputusan itu dibuat bagi memberi peluang kepada pelapis baru politik negeri, lapor Awani.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.