fbpx
Now Reading
MyKad Versi Baharu Bakal Hadir Dengan Ciri 10 Cap Jari, Imbasan Muka & Anak Mata

MyKad Versi Baharu Bakal Hadir Dengan Ciri 10 Cap Jari, Imbasan Muka & Anak Mata

Menurut Timbalan Menteri Dalam Negeri, perekodan data biometrik lebih lengkap itu akan diperkenalkan di bawah cadangan pindaan Akta Pendaftaran Negara 1959 (Akta 78).

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

MyKad atau kad pengenalan diri (IC) merupakan salah satu dokumen yang sangat penting untuk setiap rakyat Malaysia.

Hal ini kerana MyKad menyimpan data-data peribadi seseorang yang sering menjadi rujukan untuk pelbagai perkara penting. Malah, ia juga perlu dikemaskini setiap beberapa tahun agar paparan butiran selari dengan keadaan semasa pemiliknya.

Malah tahun lalu, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah memaklumkan pengantian MyKad yang sudah berusia lebih dari 12 tahun itu kini berada di fasa akhir bagi dimuktamadkan.

Baca Artikel Berkaitan: ‘MyKad’ Bakal Berwajah Baharu, Turut Dilengkapi Dengan Ciri Keselamatan Terkini

MyKad generasi baharu bakal hadir dengan ciri 10 cap jari, imbasan mata dan muka

Terbaharu, MyKad generasi baharu akan hadir dengan ciri imej 10 cap jari, imbasan muka dan anak mata.

Dr Shamsul berkata, perekodan data biometrik lebih lengkap itu akan diperkenalkan di bawah cadangan pindaan Akta Pendaftaran Negara 1959 (Akta 78) bagi menambah ciri keselamatan.

Menurutnya, langkah itu dibuat selaras dengan keperluan semasa dan usaha kerajaan meningkatkan tahap keselamatan serta kerahsiaan maklumat pengenalan diri rakyat.

“Penambahbaikan tersebut juga seiring dengan cadangan kerajaan untuk mengeluarkan kad pengenalan dengan struktur baharu yang lebih canggih.

Ia juga selaras dengan cadangan melaksanakan pengeluaran kad pengenalan struktur baharu bagi meningkatkan ciri-ciri keselamatan kad pengenalan,” katanya dipetik Malaysia Gazette.

Dari 2021 hingga Ogos 2025, 795 tangkapan dibuat babitkan kesalahan bawah JPN

Menurutnya lagi, sebanyak 795 tangkapan dibuat melibatkan pelbagai kesalahan di bawah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dari tempoh 2021 hingga Ogos tahun ini.

“Daripada jumlah itu, 326 individu didakwa atas kesalahan memiliki kad pengenalan palsu serta menggunakan kad pengenalan milik orang lain. Situasi ini menunjukkan keperluan mendesak untuk memperkukuh sistem keselamatan dokumen pengenalan diri negara,” katanya.

Susulan itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama JPN kini dalam perancangan mengeluarkan kad pengenalan generasi baharu dengan ciri keselamatan dipertingkatkan bagi menggantikan kad sedia.

“Langkah ini bukan sahaja membendung isu pemalsuan dan penyalahgunaan, tetapi juga memastikan sistem pengenalan negara selari dengan perkembangan teknologi terkini,” katanya lagi.”

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah

Evolusi kad pengenalan

Untuk info, kad pengenalan mula diperkenalkan di Semenanjung Malaysia yang pada ketika itu digelar Tanah Melayu pada tahun 1948, sementara di Sarawak pula pada 1949 dan diikuti Sabah (1963).

Kad pengenalan ini mula diselarikan untuk rakyat di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak bermula tahun 1990 dan kali terakhir ia diperbaharui adalah pada tahun 2012 yang lalu.

Foto: JPN
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.