fbpx
Now Reading
Gempa Bumi Segamat: Sultan Pahang Titah Semua Masjid & Surau Di Pahang Buat Solat Hajat Tolak Bala

Gempa Bumi Segamat: Sultan Pahang Titah Semua Masjid & Surau Di Pahang Buat Solat Hajat Tolak Bala

Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan rasa prihatin dan kebersamaan baginda terhadap kesejahteraan rakyat serta keselamatan negeri.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Hujung minggu lalu, negara dikejutkan dengan dua kejadian gempa bumi lemah yang berlaku di beberapa kawasan di Johor.

Bencana itu berlaku pada Ahad (24 Ogos) dipercayai sekitar jam 6.13 pagi dengan magnitud 4.1 di Segamat dan 2.8 di Yong Peng pada jam 9 pagi.

Malah, ia dilihat masih tidak berakhir apabila berlaku lagi gempa lemah di Segamat berukuran 3.2 magnitud pada 8.59 pagi semalam (27 Ogos) di mana gegaran itu dilaporkan turut dirasai di beberapa kawasan di negeri itu serta selatan Pahang.

Al-Sultan Abdullah titah semua masjid & surau di Pahang buat solat hajat tolak bala

Susulan itu, Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan semua masjid dan surau di negeri itu melaksanakan solat hajat serta doa menolak bala pada malam ini (28 Ogos).

Al-Sultan Abdullah menerusi hantaran di Facebook Kesultanan Pahang semalam turut menzahirkan rasa prihatin dan kebersamaan baginda terhadap kesejahteraan rakyat serta keselamatan negeri.

“Baginda bertitah supaya umat Islam di negeri Pahang sentiasa memperkukuhkan doa, meningkatkan amal ibadah serta bersatu hati memohon perlindungan Allah SWT daripada sebarang musibah,” titah baginda.

Baginda minta rakyat berdoa agar Allah lindungi negeri Pahang

Menurut hantaran itu, baginda turut meminta rakyat bersama-sama berdoa agar Allah SWT melindungi negeri Pahang daripada segala bencana serta mengekalkan kesejahteraan, keamanaan dan kemakmuran untuk seluruh rakyat.

Sebelum ini, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan mengesahhkan gempa bumi lemah yang berlaku di Segamat.

MetMalaysia menjelaskan pihaknya akan terus memantau keadaan dan perkembangan gempa bumi ini.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.